Korset Premium Beautiful adalah pakaian dalam wanita yang direka khusus untuk pelangsingan dan kesihatan. Korset jenama nombor satu ini telah diiktiraf sebagai produk Superbrands yang diperbuat daripada bahan yang sangat berkualiti dan selesa dipakai sehinggakan dijamin kualitinya sepanjang hayat.
Berpandukan teknologi terulung dari tiga buah negara maju iaitu Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman korset Premium Beautiful ini telah dicipta untuk mempertingkatkan kesihatan disamping memberi pembentukan badan yang cantik.
Rahsianya terdapat pada bebenang korset Premium Beautiful yang disuntik dengan bahan yang menghasilkan gelombang Far Infrared (FIR) yang memberi kesan kebaikan kepada pemakai. Premium beautiful adalah satu-satunya korset pelangsingan yang mengandungi teknologi FIR sejak 18 tahun dahulu sehingga kini.
Sudah ramai yang telah memakai korset Premium Beautiful ini dan merasai kebaikan dari segi peningkatan kesihatan dan kecantikan badan. Kebaikan kesihatan yang diberikan oleh korset ini tidak terhad kepada wanita sahaja. Ia sesuai dimanfaatkan oleh semua orang termasuklah golongan lelaki dan semua peringkat umur termasuklah bayi.
Korset Premium Beautiful ini didatangkan dengan set yang terdiri daripada Long Bra (coli), Long Girdle (seluar) dan Waist Nipper (bengkung). Setiap satu bahagian direka untuk memberi kesan kebaikan yang tersendiri tanpa mengurangkan faktor gaya yang cantik dan keselesaan.