Showing posts with label Lelaki v/s perempuan. Show all posts
Showing posts with label Lelaki v/s perempuan. Show all posts

Friday, 5 February 2016

Perempuan Keras Kepala vs Lelaki Ego. Macamana Nak Handle?








In relationship with dengan orang yang kita sayang mungkin takkan jadi satu hal besar kalau setakat perangai dia agak jengkel dan ego agak tinggi. Asal dah sayang, semua jadiii. Tapi orang kata kesabaran pun ada batasnya. Sebab tu ada waktu relationship kau tak tahan lama. Bukan tak sayang. Tapi mungkin tak berapa nak sabar. Tu je.

Pandangan wawa kalau si perempuan jenis keras kepala, si lelaki pulak jenis ego. Kuat merajuk pulak tu; samaa je pandangan wawa. Ground rules wawa dalam hal hal relationship ni tetap sama; ketahanan sesuatu hubungan bukan disebabkan kesetiaan semata-mata. Kesetiaan sendiri tak menjamin hubungan tu berkekalan kalau sampai satu masa perasaan tu mati. Bagi wawa, kalau  nak long lasting relationship, perasaan sayang tu kena bersederhana. Jangan sayang sangat. Jangan jakun sangat. Jangan terlebih adrenalin nak eksaited eksaited sangat lah. Bila sayang bersederhana, kita tak lupa diri sangat. Bercinta pun takde lah rasa terapung apung sangat di awangan eh orang kata? Haa macamtuu. Bila kau terlampau sayang, bila dia buat salah, hati senang terluka susah nak terima. Bila silap sikit, luka dia lebih. Cuba sayang sederhana je, insyaAllah kalau dia buat salah pun, hati kita tak susah mana nak maafkan.

Wawa nak kata jangan in relationship je la lagi senang; pun tak boleh juga. Sebab ada manusia yang in relationship. Ada manusia yang selesa single macam Wawa. Ehheheh. Untuk yang in relationship, first and foremost, sila moderate kan dulu perasaan korang pada si dia, baru semua masalah akan nampak lebih mudah nak selesai. Banyak benda dalam relationship ni melibatkan sisi emosi dan perasaan mengatasi akal. Agak merbahaya kalau emosi dan perasaan terlebih atau tak berapa nak stabil. Natijahnya, susah nak handle relationship.

Si perempuan keras kepala, si lelaki pulak ego. So macamana nak elak selalu bergaduh bertengkar berbaling pinggan?


Sifat normal perempuan, tak kira dia keras kepala mengalahkan bata atau konkrit simen, dia lembut hati. Lagi lagi bila benda melibatkan orang yang dia sayang. Keras kepala macamana pun, alahh keras kulit buah tembikai je. Luar keras, dalam penuh air. Cucuk guna jari sikit dah boleh tenggelam isi dia. Hihi. Apa apa je lah perumpamaan wawa nak letak eh? Ni pun wawa menulis tentang sifat umum perempuan. Wawa tak kata semua perempuan keras kepala tu lembut hati. Ada yang keras luar dan dalam. Macam batu. Tapi yang ni mungkin yang feelingless lah. Wawa boleh bet perempuan keras macamana pun, bila dia berperasaan, dia akan meliuk lentuk bila kena keadaan dan situasinya. Kuasa cinta kau jangan pandang rendah. Anugerah Tuhan yang indah macamtu, kau taktahuuuu apa dia boleh buad dalam hidup kau, kau tahu? Euwww jiwang.

Cara nak elak selalu bergaduh, wawa rasa kalau tanya orang lain pun jawapan dia lebih kurang.Mesti ada tolak ansur. Tu la paling penting. Kepercayaan atau si trust tu penting juga. Tapi takguna trust sana trust sini tapi takde toleransi. So dua dua kena ada. Perempuan keras kepala? Lelaki ego? Jangan panik sangat lah. Kalau dua dua berperasaan sayang tu ada, insyaAllah toleransi tu ada. Dia hadir sendiri bila korang ada perasaan sayang tu. Sayang yang genuine okay. Bukan sayang hari ni, esok dah tak sayang lagi. Kamon lah. Takkan bila umur dah masuk 2puluh-an pun still nak tukarganti lagi? Wawa expect a serious relationship tips2 yang aku tulis ni. Yang nak sukasuki je, tak sesuai baca benda ni aku rasa. Hidup kena racist sikit takpe kalau untuk kebaikan. Haha.



Lagi satu, kalau setakat benda kecik kecik tu, alah pandang ringan je sudah lah. Perempuan jenis ambil berat segala benda, kalau boleh yang paling kecik pun nak pandang besar besar. Tapi kita tak boleh nak expect lelaki perasan setiap satu benda yang kita nak diorang perasan. Err maksudnya lelaki tak pandang hal hal remeh temeh sangat macam perempuan pandang. Jadi kita pun kena faham sifat diorang dulu. Takboleh emo taktentu pasal je, tahu? Mungkin ada sesetengah perkara, diorang bukan sengaja nak tak perasan atau ambil ringan. Cuma mungkin benda tu bagi diorang benda remeh. Jadi sebelum nak emo tiba tiba amcam ada tendency nak menyalakan api pergaduhan tu, check dulu  wajar tak wajar nak melenting tu. Nak melenting bila rasa perlu je. Agak-agak boleh tahan lagi tu, takpayah lah nak buad onar sangat. Ehhe.

Untuk yang lelaki ego ni. Kau agak agak lah kan nak ego ego sangat bukan kau dapat apa pun? Takkan dengan awek sendiri pun kau nak letak tinggi tinggi sangat tingkat ego kau tu. Rendah rendah kan lah sikit. Consider sikit. Jangan nak berharap sangat perempuan je kena faham kau. Kau pun kena faham sifat dia juga. Nak sangat in relationship, kan? Jadi kau kena tahu daripada awal lah apa tanggungjwab yang kau kena ada. Aku salute ekceli dengan lelaki yang in relationship. Sebab tak semua lelaki berani pikul 'komitmen'. Sesetengah lelaki tak suka ada 'komitmen' sebab bagi diorang tu beban. Rasa terkongkong etc etc. Jadi kau kena sedar kau takboleh lah buad perangai perasan single pulakk. In relationship ni tanggungjawabnya lebih. Kalau sebelum ni kau takpayah nak jaga jaga hati sesiapa, sekarang kau dah ada hati yang nak dijaga. Hati perempuan pulak tu. Bukan senang. Sensitif kottttt. ;P

Benda paling asas dia, faham satu sama lain. Bukan takat faham gitu gitu je, tau nama dia apa duduk kat mana anak siapa bangsa apa tu dah cukup. Tak. Sebab tu Wawa personally tak encourage sangat kalau baru kenal sehari dua terus jump into relationship. Sebulan dua lepas tu putus. Nopeeeee.. Sebab tu juga Wawa prefer kalau in relationship dengan orang yang kau kenal, kau rapat dan kau selesa ada chemistry tu penting. Tapi personally, kalau dah kenal dah rapat dah faham luar dan dalam tu, takperlu sangat lah nak in relationship. Kalau dah terbiasa kawan, kawan terus lah. Bagi sesetengah orang, mungkin lebih selesa begitu. Lepastu sampai masa, kahwin lah kalau ada jodoh. Moderation dalam perhubungan tu penting juga. Islam pun tak galak benda2 over sangat kan? :P



Sunday, 19 July 2015

Lelaki v/s Perempuan..!!










1.Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!


2.Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

3.Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!

4.Wanita memang pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!

5.Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah! 

6.Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!

7.Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!

8.Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per... !

9.Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!

10.Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!

11.Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!

12.Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!

13.Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.

14.Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!

15.Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!

16.Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!

17.Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!

18.Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.


19.Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...

20.Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!

21.Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!




opsssss... zzzzzz...

Wednesday, 15 July 2015

Kenapa Wanita Mudah Menangis..




"Apabila Allah menciptakan wanita, Dia menciptanya dengan istimewa. Dia menjadikan bahu wanita kuat untuk membawa bebanan dunia, namun lembut untuk memberikan kelembutan. Dia mengurniakan wanita kekuatan untuk melahirkan anak. Dia mengurniakan wanita kekerasan untuk meneruskan hidup walaupun orang lain sudah mengalah, dan menjaga keluarganya walaupun sedang sakit dan letih tanpa merungut. Dia mengurniakan wanita sifat sensitif untuk menyayangi anaknya dalam apa jua keadaan, meskipun anaknya telah menyakitkan hatinya. Dia kurniakan pada wanita kekuatan untuk mengangkut tuduhan yang diterima suaminya dan dicipta dari rusuk suaminya untuk melindungi jantung suaminya. Dia mengurniakan kebijaksanaan pada wanita untuk mengetahui bahawa suami yang baik tidak akan menyakiti hati isteri, tetapi kadangkala menguji wanita tersebut untuk berada di samping suaminya tanpa terasa agak-agak. Maka Allah mengurniakan air mata untuk wanita.Air mata ini miliknya dan hanya menjadi miliknya. Dia tidak perlukan alasan, atau penerangan, air mata tersebut miliknya."





Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?


Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.


Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.


Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim


Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.


Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas.


Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.


Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki.


Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Air Mata itu satu anugerah


Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA.


Kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. 


Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.


‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.


Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)


Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita.


Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.


Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan. Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.


Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.