Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

Wednesday, 17 February 2016

Tips Memilih Pakaian Mengikut Badan



Si Montel

Wanita montel, berisi , chubby, gempal, bulat... Lain bunyi, tetapi hampir sama maksudnya. Memiliki bentuk badan seperti ini sangat merungsingkan! Ada sahaja yang tak kena. Ini tak sesuai itu tak sesuai memang rumit! Golongan ini sering dalam keadaan krisis ketika membuat pilihan pakaian. Jangan bergitu, berbadan montel tidak bermakna anda tidak boleh bergaya bukan ?

Trik Pemakaian:


1) Selalu pakai pakaian yang mempunyai ukuran yang tepat. Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Utamakan keselesaan anda. Malah material kain cotton yang nipis juga sangat sesuai untuk badan seperti anda.

2)      Jika anda bercadang untuk memakai gaun labuh pastikan anda memilih potongan ‘A-Line’ untuk tampak lebih ramping.

3)      Gaun yang mempunyai potongan di pinggang sangat sesuai untuk menyembunyikan kelemahan anda. ia dapat memberi efek lekuk tubuh yang sempurna. Jangan terkejut jika ada yang memuji “nampak ramping awak sekarang ya!”


4)      Jangan lupa biasakan diri memakai high heels yang sesuai dengan berat badan anda. Wedges adalah terbaik! Ia dapat menyokong dan menampung badan anda yang agak berat berbanding kasut yang miliki tumit terlalu nipis. Tambahkan aksesori tali pinggang! anda pasti kelihatan hebat!

5)      Elakan daripada memilih corak yang besar. Ia akan menampakan badan anda lebih lebar dan gempal. Langkah yang selamat, pilihlah pakaian yang bewarna gelap seperti hitam, maroon, dan coklat untuk nampak lebih kecil. Ada baiknya juga jika anda memilih pakaian yang mempunyai satu tone warna sahaja.

Monday, 8 February 2016

Tips Pemakaian untuk Kelihatan Langsing.














Boleh dikatakan hampir semua pakaian siap wanita yang dijual di pasaraya, butik-butik dan kedai-kedai pakaian direka untuk wanita bertubuh kecil dan sederhana. Ini seolah-olah wanita berbadan besar tidak wujud.... Wahai wanita-wanita berbadan besar, usahlah risau... mempunyai saiz badan yang besar tidak bemakna anda tidak boleh bergaya.









Tips Pemakaian Untuk Kelihatan Langsing kali ini khas untuk wanita berbadan besar (plus size). Di sini Wawa kongsikan 7 panduan mudah untuk wanita berbadan besar kelihatan langsing dan bergaya.











Panduan 1: Pilih Pakaian yang Muat Sempurna 








Pilihlah pakaian yang betul-betul mengikut ukuran badan anda. Jangan pilih pakaian yang ketat atau terlalu longgar. Pakaian yang ketat akan mempamerkan bonjolan lemak yang kelihatan hodoh manakala pakaian yang terlalu longgar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar. 















Panduan 2: Pilih Kolar Bentuk V























Pakaian dengan kolar bentuk V sangat sesuai untuk wanita berbadan besar. Jika anda suka, bentuk V yang lebih panjang akan menggalakkan pandangan mata dari atas ke bawah. Seperti tips yang diberikan dalam bhg. 1, teknik ini dapat mengurangkan kelebaran badan secara ilusi optik. 









Panduan 3: Pilih Pakaian Dalam yang Selesa dan Muat Sempurna











Pemilihan pakaian dalam yang bersesuaian dengan saiz badan anda dan selesa adalah penting. Pemakaian pakaian dalam yang muat sempurna iaitu tidak ketat atau tidak longgar mampu membuat anda berasa yakin dengan penampilan diri serta membantu pakaian luaran kelihatan sempurna.















Panduan 4: Potongan Pinggang Tinggi atau Pinggang Rendah


























Pemilihan potongan pinggang tinggi atau pinggang rendah bergantung kepada jenis pakaian yang hendak dipakai. Bagi pemilihan pakaian jenis gaun atau dress, pilihlah potongan pinggang tinggi. Ini dapat menutup bentuk pinggang yang besar. Untuk nampak lebih bergaya, pakailah tali pinggang pada potongan berkenaan. Manakala bagi pemilihan seluar, pilihlah potongan pinggang rendah dengan pemakaian baju labuh. Ini dapat menyembunyikan garis pinggang dan secara tidak langsung tampak lebih kecil.











Panduan 5: Pilih Baju Labuh


























Pakailah baju yang labuh menutup perut dan punggung. Pakaian labuh dapat memberi ilusi badan kelihatan panjang dan secara tidak langsung tampak langsing.















Panduan 6: Kasut Tumit Tinggi













Pemakaian kasut tumit tinggi adalah pilihan yang bagus. Pilihlah kasut tumit tinggi yang selesa dipakai dan tidak merbahaya. Selain kelihatan lebih tinggi, kasut tinggi juga dapat membuat anda tampak lebih langsing dan lebih yakin. Cara jalan juga lebih berhati-hati,jadi tidaklah nampak seperti gergasi menghentak kaki.















Panduan 7: Elak Seluar Potongan Tirus (Tapered Pants)













Jika anda ingin nampak langsing, jangan pakai seluar potongan tirus. Seluar potongan ini menyerlahkan lagi bahagian peha yang besar dan secara tak langsung menampakkan potongan badan lebih bulat. Pilihlah seluar potongan lurus (straight cut) atau palazo untuk kelihatan sempurna dan rapi.











Di bawah ini contoh pemakaian yang sesuai untuk wanita berbadan besar berdasarkan tips yang telah diberikan :-) :










Saturday, 6 February 2016

Tips Kelihatan Lebih Cantik Dengan Tudung yang Sesuai dengan Wajah



Seperti pakaian, ramai tidak tahu pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain. Justeru, bagi memastikan keselesaan, pastikan memakai terlebih dulu tudung yang dibeli. Di bawah terdapat beberapa panduan mengenai pemilihan gaya tudung mengikut bentuk wajah




1. Bentuk wajah bujur (Oval)


Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria




Gambar dari Tudung People


2. Bentuk muka panjang (Long)


Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.




Gambar dari Sugarscarf


3. Bentuk muka bulat (Round)


Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.




Gambar dari Radiusite


4. Bentuk muka berpetak (Square)


Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.


Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.




Gambar dari imaanboutique


5. Bentuk segi tiga (Heart)


Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.


Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.




Gambar dari Shawlbyvsnow