Monday, 8 February 2016

Tips Pemakaian untuk Kelihatan Langsing.














Boleh dikatakan hampir semua pakaian siap wanita yang dijual di pasaraya, butik-butik dan kedai-kedai pakaian direka untuk wanita bertubuh kecil dan sederhana. Ini seolah-olah wanita berbadan besar tidak wujud.... Wahai wanita-wanita berbadan besar, usahlah risau... mempunyai saiz badan yang besar tidak bemakna anda tidak boleh bergaya.









Tips Pemakaian Untuk Kelihatan Langsing kali ini khas untuk wanita berbadan besar (plus size). Di sini Wawa kongsikan 7 panduan mudah untuk wanita berbadan besar kelihatan langsing dan bergaya.











Panduan 1: Pilih Pakaian yang Muat Sempurna 








Pilihlah pakaian yang betul-betul mengikut ukuran badan anda. Jangan pilih pakaian yang ketat atau terlalu longgar. Pakaian yang ketat akan mempamerkan bonjolan lemak yang kelihatan hodoh manakala pakaian yang terlalu longgar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar. 















Panduan 2: Pilih Kolar Bentuk V























Pakaian dengan kolar bentuk V sangat sesuai untuk wanita berbadan besar. Jika anda suka, bentuk V yang lebih panjang akan menggalakkan pandangan mata dari atas ke bawah. Seperti tips yang diberikan dalam bhg. 1, teknik ini dapat mengurangkan kelebaran badan secara ilusi optik. 









Panduan 3: Pilih Pakaian Dalam yang Selesa dan Muat Sempurna











Pemilihan pakaian dalam yang bersesuaian dengan saiz badan anda dan selesa adalah penting. Pemakaian pakaian dalam yang muat sempurna iaitu tidak ketat atau tidak longgar mampu membuat anda berasa yakin dengan penampilan diri serta membantu pakaian luaran kelihatan sempurna.















Panduan 4: Potongan Pinggang Tinggi atau Pinggang Rendah


























Pemilihan potongan pinggang tinggi atau pinggang rendah bergantung kepada jenis pakaian yang hendak dipakai. Bagi pemilihan pakaian jenis gaun atau dress, pilihlah potongan pinggang tinggi. Ini dapat menutup bentuk pinggang yang besar. Untuk nampak lebih bergaya, pakailah tali pinggang pada potongan berkenaan. Manakala bagi pemilihan seluar, pilihlah potongan pinggang rendah dengan pemakaian baju labuh. Ini dapat menyembunyikan garis pinggang dan secara tidak langsung tampak lebih kecil.











Panduan 5: Pilih Baju Labuh


























Pakailah baju yang labuh menutup perut dan punggung. Pakaian labuh dapat memberi ilusi badan kelihatan panjang dan secara tidak langsung tampak langsing.















Panduan 6: Kasut Tumit Tinggi













Pemakaian kasut tumit tinggi adalah pilihan yang bagus. Pilihlah kasut tumit tinggi yang selesa dipakai dan tidak merbahaya. Selain kelihatan lebih tinggi, kasut tinggi juga dapat membuat anda tampak lebih langsing dan lebih yakin. Cara jalan juga lebih berhati-hati,jadi tidaklah nampak seperti gergasi menghentak kaki.















Panduan 7: Elak Seluar Potongan Tirus (Tapered Pants)













Jika anda ingin nampak langsing, jangan pakai seluar potongan tirus. Seluar potongan ini menyerlahkan lagi bahagian peha yang besar dan secara tak langsung menampakkan potongan badan lebih bulat. Pilihlah seluar potongan lurus (straight cut) atau palazo untuk kelihatan sempurna dan rapi.











Di bawah ini contoh pemakaian yang sesuai untuk wanita berbadan besar berdasarkan tips yang telah diberikan :-) :










No comments:

Post a Comment