Friday, 5 February 2016

Merokok tu Bahaya tau Awak2..



Assalamualaikum semua..

Rasanya tak perlu lagi la kot wawa
terang secara
saintifik dan teorinya mengenai bahaya
rokok kepada
tubuh badan manusia sebab semua dah
tau
kan..

Tapi kenapa masih ada yang tergamak
nak menghisap
silender kertas bersalutkan tembakau tu??
"Oh mengapa kah? Why people, why?", tertanya-tanya
sambil merenung bulan seorang diri, tatkala itu
terdengar
juga bunyi cengkerik bersahutan, barangkali turut
bersetuju dengan akal fikiran ku.Krik-krik-krik-krik
(Boleh bayangkan scene yang comel tu? muahaha)


Husnuzon itu amalan yang terpuji.Maka wawa cuba
husnuzon, mungkin korang masih belum tahu bahan2
yang terkandung di dalam rokok.So, nah sebijik!



Maka, wawa assume korang dah pun tahu keburukan
merokok.Alhamdulillah, semoga kita mendapat ilmu
yang
bermanfaat hendaknya~:) Tak perlulah wawa
menerangkan lagi faedah apabila meninggalkan silinder
bersalutkan tembakau ini. Sudah terang lagi
bersuluhkan
torchlight, jika korang berhenti merokok maka
insyaallah
korang akan dapat mengelakkan diri dari memasukkan
bahan-bahan kimia lagi bertoksik ke dalam badan. Maka
badan korang pun boleh-lah dielakkan dari menghidapi
penyakit marabahaya seperti jantung, paru-paru dsb-
nya.
(Insyaallah)

Namun....
"Macamana pok cik nak benti merokok", tanya Pak Cik
dot dot dot yang dah 25 tahun menjadi pelanggan tetap
Dunhill, Malboro dan juga Salem.
Saya ada terbaca beberapa tips tradisonal dari seorang
blogger.Semoga bermanfaat untuk Pak Cik hendaknya~


1. Buat target masa untuk berhenti merokok. Jangan
terlalu drastik. Take time.

2. Minum air kelapa muda untuk mengelakkan rasa
ketagihan

3. Mandi dengan kerap.(Baguih jugak! Hilang daki
badan.)

4. Mengunyah benda-benda yang manis. Buah ke, choki-
choki ke...
5. Minum air dengan kuantiti yang banyak. Elakkan
minum air yang berkafein.


Sekarang juga ada ubat-ubat yang boleh membantu
mengurangkan ketagihan merokok tau!


Gula getah nikotin: Ia dikunyah dalam selang waktu yang ditentukan. Biasanya individu yang mendapatkan rawatan ini diberikan 10 keping gula getah untuk dikunyah dalam sehari. Selain gula getah, pelekat nikotin (nicotine patch) juga boleh digunakan unuk menggantikan gula getah dan ia lebih mudah kerana ia hanya perlu dilekatkan di kulit dan tidak perlu dikunyah


Varenicline: Ini merupakan ubat yang menghasilkan nikotin separa agonis (nicotine receptor partial agonist). Tugasnya ialah untuk memastikan bahawa rokok yang dihisap tidak menyebabkan 'high' dan ketagihan dan pada waktu yang sama juga mengelakkan daripada rasa ketagihan asap rokok. Ia adalah baik untuk digunakan seminggu sebelum seseorang berhenti merokok.


Amfebutamone (Bupropion). Ubat ini adalah hampir serupa dengan dadah amfetamin. Ia bertindak meningkatkan rasa tenang dan oleh sebab itu, ia juga digunakan dalam merawat masalah kemurungan (depression). Ubat ini amat berkesan untuk menyelesaikan masalah ketagihan rokok dan jika dipakai bersama sama pelekat, maka keberkesanannya meningkat hingga ke 35.5%

Berhentilah merokok sayang. Semoga ALLAH
mempermudahkan niat dan azam korang untuk berhenti
merokok. Amin ya rabbal alamin~

Biasalah tu, bila nak buat benda baik akan ada macam-
macam dugaan.Serba tak kena hari ni dibuatnya,badan
menggigil tak tentu masa,sakitnya kepala tak boleh nak
kata apa. Namun, kalau bukan hari ini, bila lagi ya?

Kuatkan azam, cekal kan tekad, usaha sungguh-s
ungguh! Niatlah sebab nak jadi yang lebih baik untuk
Dia. Insyaallah Tuhan akan datangkan pertolongan dari
mana-mana sudut.Insyaallah!

No comments:

Post a Comment