Wednesday, 28 December 2011

Celebrate Birthday Kak Mas

Yahoooo...!!!  Ckup smnggu sy kt Kajang.. Tmpang berteduh kt sna utk stdy week.. Thanks Yana and Pejai... :-D
Untung sy sbb dpt join celebrate birthday kak Mas.. Kak Mas ni kwn sepupu sy.. Kwn baik la..





Nk djadikn cerita, sy sgtlah bertuah sbb di"sponsor" join skali mkn2 kt ctu..
Dh rezeki jgn dtolak.. :-P

Tempat yg dplih adalah Panorama Restaurant kt Jalan Ampang, Ulu Langat.. Serius.. Tmpat ni ssuai utk psgn yg hangat bercinta. pewwwiiiitttt.. haha.. 
utk family pn ssuai. :-D


Blh check kt cni..


http://lookoutpoint.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=164



Ni pandangan dr atas restoran ni.. Sgt2 cantik... And sejuk.. huhu..





Sape2 minat bergambar, kt cni pn disediakn menara ni.. hehe..










Menu2 utk hari tu....


Grill Chicken Chop... 





Seafood Pizza...


 Nasi goreng pataya special...




And ada g yg x smpat nk snap sbb asyik nk mkn jer.. gmbar kek pn x smpat.. hehehehe..


And ni dia, pc birthday girl a.k.a. pengantin baru.. :-D
Mulanya kak Mas mmg x tau lgsung psl plan ni.. konon2 ajak dia pg sbb nk tgk sunset.. kak Mas ni yg xtau pe2 ngadu la kt my cousin yg husband dia abg nasir tu x wt pe2 pn nk celebrate brthday dia.. dia xtau sbnrnya husband dia dh komplot dgn Yana, Pejai, Kak Sya  
and family. hehe.. terkejut dia bla tiba2 sekali abg Nasir bwk kek yg dh diberikn kt cashier utk sorokkn dlm freeze.. :-)



 Pemandangan waktu mlm dr restoran ni... :-)



And ni pic2 yg lain.. :-D


Kak Mas n Kak Sya.. :-D



Kak sya... 


Tiga jejaka.. Tp smua dh kawin ok.. jgn nk try plak.. haha



Wanita2.. cewwaaaaahhhh... :-D



Eh... Kak sya n my partner pd hr tu... Aril... hensem kn.. :-D



Yuhhhuuuuuuu...



Lalalalala...

anyway, happy brthday Kak Mas... Moga dpanjangkn umur, dmurahkn rezeki n cpt2 dpt baby.. :-D

Tp kn.. Kesian kt bdk bernama Siti Awatif tu.. Yg join hr tu smua psgn (yg dh berkahwin) 

Yana n Pejai
Kak Sya n Abg Syafiq
&
Kak Mas n Abg Nasir..

Sy ni sorang2 jer.. hahahaha..

Tp.... Bestnya dpt celebrate birthday kt ctu kn...
Nak jgk.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 22 December 2011

Luaran atau Dalaman?

Sy rasa ramai orang skg ni plih rupa paras utk sukakan seseorang
Klu dia x cntik or hensem, xda la org suka kt dia..
Emmmm..
X sepatutnya cmtu..
Klu luaran je cantik, tp dalaman buruk, x guna jgk kn..
Rupa paras yg cntik n hensem tu x kn kekal lama pn..
Bla dh tua nnti, smua tu dh hlang..
Yg pnting hati yg ikhlas n trima si dia seadanya..


Kadang2 bla kita tgk org tu 1st time pn, ada satu perasaan yg susah nk digambarkn.. Sedangkn dia x hensem, x cantik...
Mgkin personaliti dia, dalaman dia tu menyerlahkn kecantikn dia walaupn dr luarannya dia x cntik or hensem.. x gtu...??


Sy prefer lelaki tu x hensem tp hati dia baik.(Bkn buaya darat) Boleh trima sy seadanya, keluarga sy pn selesa dgn dia n dia blh jaga n bimbing sy.. 


Sy rasa ramai perempuan yg rsa gtu jgk.. :-D


Kesimpulannya, dalaman lg penting dr luaran.. 




Wednesday, 21 December 2011

Cantik kn?????


Serius.. Sgt cantik walaupn simple kn..
Dua bentuk cincin tu...
Satu utk lelaki..
satu utk perempuan..
Bla dgabungkn...
Berbentuk hati..
Sooooooooooooooooooooo sweet........... :-D


Sekadar nk share jer..
X bermaksud pe2 pn.... :-D

Tatacara Jwb Telefon Paling Berlagak..

Tatacara Jawab Telefon Paling Belagak

1. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

... 2. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

3. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maaf cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

4. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

5. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maaf.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye… time kasih.

6. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

7. Soalan: halloo… …
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

8. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maaf. ini bukan kaunter pertanyaan.

9. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

10. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Tuesday, 20 December 2011

8 Penipuan Seorang Ibu..

Kisah ni sy dpt dr emel sy.. Kwn sy emelkn.. Sy rsa mgkin rmai yg dh mmbca.. Sy sekadar nak berkongsi dan renungknlah kisah ni....

Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku dilahirkan sebagai seorang anak perempuan di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, selalu kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, aku tidak lapar"--------PENIPUAN IBU YANG PERTAMA

Ketika ku mulai tumbuh dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senjanya untuk pergi memancing di sungai dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan. Sepulangnya dari memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : "Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan" ----------PENIPUAN IBU YANG KEDUA
Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke sekolaj untuk membawa nasi untuk dijual, dan hasil jualannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu kena pergi kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, aku tidak penat" ----------PENIPUAN IBU YANG KETIGA
Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, aku tidak haus!" ----------PENIPUAN IBU YANG KEEMPAT

Setelah ayah sakit, ibu yang malang harus merangkap peranan sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluargaku pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat keadaaan keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kita yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk berehat. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengendahkan nasehat mereka, ibu berkata : "Saya tidak butuh rehat" ----------PENIPUAN IBU YANG KELIMA
Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mhau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : "Saya ada duit" ----------PENIPUAN IBU YANG KEENAM
Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperoleh gelaran master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Aku tak biasa tinggal negara orang" ----------PENIPUAN IBU YANG KETUJUH
Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku kerana sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, Aku tidak kesakitan" ----------PENIPUAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibuku tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kalinya. 


Dari cerita di atas, saya percaya sahabat sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin mengucapkan : "Terima kasih ibu..!" 
Sedih kan.. Pengorbanan seorang ibu...
Sebelum sy akhiri tulisan sy kali ni... Sy nk ckp ssuatu..


Cuba fikirkan, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita. 
Namun, apakah kita semua pernah merisaukan khabar dari orang tua kita? Risau apakah orang tua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi... Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orang tua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari.

Love..Love...Love...








Dalam mimpi je la blh dpt ni..... :-(


BOLEH2...!!!


Kumpul duit bla dh keja.. :-D

Sunday, 18 December 2011

Satu Saat

Kdg2 ada satu saat tu kita rsa cm kita nk ja lari dr smua mslh...
Org nmpak kita tersenyum...
Kita bergurau..
Buat org lain senang ht.....
Buat org lain rsa tenang...
Buat org lain senyum..
Buat org lain ketawa..
Sbb tu la sifat sy...
Suka buat org ketawa...


Tp sebenarnya dri kita sndiri pn tertekan..


Cuba utk lupakn mslh.....
Cuba utk buktikan dri ni sentiasa happy...
Org x tau apa sbnrnya yg kita rsa....


Lbh baik smuanya jd rahsia.......

Friday, 16 December 2011

Hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Info:
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sekadar utk berkongsi.. Xperlu percaya pn.. :-)

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.



Habis tu..... Anak tunggal cm sy ni cmna???


Kalau sy... Sy suka anak sulung.. :-)



Wednesday, 14 December 2011

My Love... :-)

Jam dh pkul 3.15am. i'm still not sleepy.. ni msti sbb trlbh tdo ptg td.. hehe.


Tetiba rsa rndu sgt dkat kekasih hati sy..
So.. Hr ni sy nk dedahkn sapa kekasih hati sy stelah sekian lma sy smbunyikan.. Cewwaaaaahhh.. :-P
emmmm.. ok... kita countdown sama2 yer...


5




4




3




2






1






tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... :-)









I love you mas n nani.. hehe.. :-)




Sebenarnya.. Ni la permata2 hati sy yg sy rindu......


Mak
ayah
Aina, Aiman n damia 
n
Kwn2 sek... 


I miss u all damn much


hope to see you all soon..


Love u.... :-)

Tuesday, 13 December 2011

Kisah Rumput yg Cantik... :-)

Sbnrnya sy pn suka ksah ni.. sgt2 menarik..
kepada yg nk mencari jodoh tu.. silalah bca yer.. hehe..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.



Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.

Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Monday, 12 December 2011

Kisah Cinta Sejati...

ini kisah yang saya baca di internet dan sy nk share kt cni.. kisah yang betul2 terjadi.. hayatilah kisah ini.. bukan mudah untuk mendapt cinta sejati seperti ini...


Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.

Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.

Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.

Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.


Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.

Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”


Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”

Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.

Saturday, 10 December 2011

Tanda Lelaki Jatuh Cinta...

Tahukah wanita sekeras mana pun seorang lelaki, lelaki itu akan menjadi selembut kapas jika dia telah jatuh cinta (love) kepada seorang wanita. Benarkah seorang lelaki yang keras hatinya boleh mengalirkan air mata demi seorang wanita? The power of love! Jika 23 tanda ini anda lihat pada pasangan anda, percayalah dia sangat menyayangi anda…
tanda lelaki jatuh cinta
Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita :

Love 1.
 Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa

Love 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap

Love 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya

Love 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap

Love 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya

Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga

Love 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya

Love 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya

Love 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain

Love  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja

Love  11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya

Love  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama

Love  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya

Love  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri
Love  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya

Love  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya
.
Love 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

Love  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain

Love  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya

Love  20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya

Love 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku )
Love  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya

Love  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan tetapi dia sanggup :)
tanda lelaki jatuh cinta