Monday, 31 October 2011

Perempuan v/s Lelaki : Siapa lagi kuat cemburu...??

Perempuan kuat cemburu? Lelaki pun apa kurangnya kan? Kalau tanya perempuan tentu tentu perempuan akan jawab lelaki.Bila tanya lelaki, mereka jawab perempuan. Sebenarnya, sama je 2-2. Perasaan cemburu ni bukan kenal jantina, cuma cara kita mengawal & tunjuk je berbeza.

Kenapa perempuan kata LELAKI kuat cemburu?

1- Kalau si GF tegur si BF yang cuba nak berbaik baik dengan kawan perempuan,kawan sekelas ke. Mereka akan cakap “Nak berkawan pon salah?” “Perempuan ni memang suka kongkong lah”. Tapi kalau si GF buat benda yang sama, baik baik dengan kawan lelaki, mulalah si BF nak merajuk & emosi.

2- Yang dah kahwin lain pulak ceritanya. Lagi lagi kalau isteri tak bekerja, duduk kat rumah jaga anak anak. Bukan main ligat lagi si suami keluar lunch dengan kawan kawan ofis, si isteri senyap je. Tapi bila isteri ber-Facebook, komen komen blog rakan blogger kat rumah mulalah nak sindir sindir, merajuk, tarik muka. Walaupun tak semua  suami macam ni tapi ada jugak kan?

3- Cemburu si GF/isteri dengan kawan lelaki tu boleh diterima lagi, biasalah kalau dah sayang kan. Tapi ada jugak lelaki yang jeles dengan kawan kawan perempuan pasangan dia. Sampaikan GF/isteri selalu calling2 dengan bestfriend nak ajak bergossip pon dia merajuk.  Jangan cakap takde, ada ye! Walaupun tak semua.

Kenapa lelaki kata PEREMPUAN kuat cemburu?

1- Perempuan ni berjiwa sensitif, kalau si Bf  macam cuba nak beramah mesra dengan cashier masa nak bayar barang atau toll gate girl time nak bayar duit tol pun dah muncung sedepa. Mulalah nak ungkit. Cerita 4tahun lepas pun boleh keluar.

2- Kawan kelas si GF bagi sms or call nak tanya assignment pon, si GF kata si BF nak menggatal dengan perempuan lain. (Tapi yang perempuan tu pon, macam dah tak da kawan kelas perempuan yang lain pulak kan? Kan dah emosi)

3- Bila si BF/suami nak pergi reunion, mulalah nak cakap “tu nak pergi jumpa awek lama la tu” or “ni mesti nak mengelak keluar dengan i kan?”.

Kesimpulannya, cemburu ni normal. Cemburu tu tandanya sayang. Kalau tak sayang, suka hati awaklah nak terjun longkang ke parit ke. Sebab dah sayang kena lah jaga molek molek kan?
info: Kenapa perempuan selalu di ‘COP’ kuat cemburu?
1. Perempuan lebih cenderung untuk tunjuk cemburu tu dengan reaksi muka,tindakan, bebelan. Lelaki lebih suka, simpan dalam hati & menunjukkan dengan cara sendiri yang lebih tersirat. Ego!

2. Perempuan lagi kritikal dalam berfikir.Tapi terlampau memikirkan sangat sesuatu perkara sampai memberi kesan kepada life sendiri pon tak bagus. Yang lelaki,selalu menganggap benda tu sebagai remeh, malas nak pikir & tak perlu nak serius sangat. Kadang kadang tu macam ignorant pon ada.

Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan

(L)  Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya. 
(P)  Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.  

(L)  Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip. 
(P)  Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.  

(L)  Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata. 
(P)  Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.  

(L)  Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan. 
(P)  Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.  

(L)  Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj. 
(P)  Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.  

(L)  Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa. 
(P)  Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.  

(L)  Bersikap pemurah atau boros. 
(P)  Bersifat kedekut atau berjimat.  

(L)  Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan. 
(P)  Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.  

(L)  Tidak fokus kepada sesuatu perkara (P)  Fokus kepada sesuatu perkara.  

(L)  Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel. 
(P)  Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.  

(L)  Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat 
(P)  Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.  

(L)  Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat. 
(P)  Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.  

(L)  Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan. 
(P)  Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan  

(L)  Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya. 
(P)  Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.  

(L)  Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran. 
(P)  Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.  

(L)   Tidak suka bercakap tentang pasangannya 
(P)   Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya  

(L)  Agak keberatan meminta maaf 
(P)  Lebih mudah meminta maaf  

(L)  Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran 
(P)  Risau apabila menghadapi kesukaran

Perempuan v/s Lelaki......

Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.

Bila meja lelaki bersepah-sepah,
Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.
Bila meja wanita bersepah-sepah,

Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.

Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.
Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,

Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.

Bila lelaki tidak berada di mejanya,…
Mesti dia tu tengah pergi meeting,
Bila wanita tidak berada di mejanya,

Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,

Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.
Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,

Mesti dia pergi keluar bershopping.

Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,

Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.

Bila BOSS mengkritik lelaki,
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
Bila BOSS mengkritik wanita,

Selepas ini mesti dia merajuk.

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,
Adakah dia marah?
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,

Adakah dia menangis?

Bila lelaki akan berkahwin,
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
Bila wanita akan berkahwin,

Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.

Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
Bila wanita mempunyai anak,

Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.

Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.
Bila
wainta keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?

Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,

Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian

Ish....ish...ish....

Sunday, 30 October 2011

Kenapa Perempuan Mudah Menangis....??

Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Sunday, 2 October 2011

Tidak Salah Kahwin Muda

KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku. Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.

Jika zaman dulu-dulu, pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga dianggap sebagai perkara biasa, namun tidak pula di zaman siber ini. Jika si jejaka berusia 30 tahun dan yang gadis pula berusia 25 tahun – dan masih belum berumahtangga – ia masih lagi dianggap perkara biasa bagi sesetengah masyarakat.

 ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun?


Banyak alasannya mengapa mereka berkahwin muda. Kebanyakannya mungkin kerana desakan ibu bapa. Lambat kahwin, takut anak gadis dikatakan tidak laku. Bimbang juga anak gadis terlalu bebas sehingga melakukan perbuatan yang tidak wajar.

 Mungkin juga kerana peluang pelajaran tidak seluas mana bagi anak gadis di zaman dulu. Buat apa belajar tinggi-tinggi, itu pendapat orang tua dulu-dulu..ke ceruk dapur juga akhirnya dan ada juga yang mengatakan kerana `orang dulu’ cepat matang. Pendek kata, kalau anak gadis tu, sudah pandai masak, pandai jaga adik-adik – senang cerita, pandai menguruskan rumah tangga, ah..dah sampailah masanya.

Itu dulu. Kalau hari ini, anak gadis mahupun teruna berkahwin cepat, apa sebabnya? Rasanya ramai bersetuju, senario berkahwin muda bukan lagi pemandangan biasa. Peluang pendidikan yang lebih meluas, bagi lelaki dan wanita, keinginan mengecapi kejayaan dalam kerjaya mengatasi kehidupan berumahtangga, mungkin antara sebab ramai generasi hari ini `kurang berminat’ berkahwin pada usia muda.

Dilihat pada perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, pada 1981 sehingga 1990, 43.2 peratus golongan muda berusia 20 hingga 34 tahun belum berkahwin.

Pada 1991 sehingga 2000 pula, 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin, dengan 68.5 peratus daripadanya wanita.

 Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita, tetapi meningkat kepada lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun) pada 1991.

Perangkaan pada 2000 lebih membimbangkan apabila umur minimum berkahwin bagi lelaki meningkat kepada 28.6 tahun dan wanita 25 tahun dan begitulah keadaannya, dari tahun ke tahun, umur minimum berkahwin bagi lelaki dan wanita di negara ini semakin meningkat.

 Namun, masih ada segelintir remaja hari ini `berani’ meninggalkan keseronokan hidup sendiri, berkahwin muda malah menimang cahaya mata ketika rakan seusia sedang sibuk menjalani `kebebasan’ sebagai remaja.

 Semestinya, ramai yang beranggapan remaja yang berusia kurang daripada 20 tahun sebagai ‘mentah’ dan ‘hijau’ untuk mengharungi kehidupan berumahtangga serta menempuh pelbagai asam garam sebagai suami isteri.

 Tetapi, sudah tentu lain perasaannya bila masing-masing sudah sah memikul tanggungjawab sebagai suami isteri. Memang bukan mudah menempuh cabaran alam rumah tangga, namun yang penting ialah tanggungjawab dan peranan suami isteri untuk menjamin keharmonian institusi perkahwinan yang dibina.

 Menurut beberapa pasangan muda yg ditemubual, mereka tidak menyesal berkahwin muda, malah beranggapan status baru sebagai suami dan isteri itu lebih mematangkan mereka, lebih-lebih lagi apabila bergelar ayah dan ibu.

Mungkin benar, kata sesetengah pihak, usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya tetapi keinginan dan keupayaan melayari mahligai dan kehidupan yang dibina dengan matang dan penuh tanggungjawab. Yang penting, jangan berkahwin hanya kerana nafsu dan desakan cinta tetapi kerana sudah bersedia – mental, fizikal dan kewangan. Apa yang pasti, masing-masing baik lelaki mahupun perempuan perlu ada nilai dan peranan untuk menjamin kebahagiaan berumahtangga.

~Insya-Allah~

Saturday, 1 October 2011

Tentang Saya....

Nama diberi Siti Awatif Hamzah
Berumur 22 tahun (dh tua kn).. huhu
Asal dari Penang
Skg masih lg menuntut kt upm serdang dlm jurusan pndidikn bi sbg bhs ke-2 (TESL) 


Sy suka makan... 
makan mcm2..

Char koew teaw... minx kerang lbh... nyum2....


 laksa penang (dh nma pn org penang kn....)





and mee kuah ketam..... sedapnya.....!!!!!!





mmg smua mknn kesukaan sy...

tp mstila apapun mskn mak yg trbaik kn.....