Bismillahirrahmanirrahim,salam rindu dan kasih sayang...
geram rasanya bila tak dapat update entrikan..rasa macam mana ye..?umpamanya gatal yang tak dapat digaru kot..hehehe
lately ni bz dgn sek as guru sandaran sementara menantikan posting nanti...
ok. now let's go on into today's topic.
Topic yang agak panas or maybe suam2 kuku. hehehe. ok Awatif. stop joking.
"Janganlah kamu berputus asa pada apa yang hilang daripada tangan kamu
dan jangan berasa bangga terhadap apa yang diberikan Allah kepada kamu."
(Al-Hadid 57:23)
Sebagai seorang wanita sejati, cari jodoh adalah part yang susah jika tiada usaha untuk menghilangkan rasa malu. Memang rasa sangat malu untuk meluahkan hasrat hati dan keinginannya jika ia telah menemui seorang lelaki yang dirasakan sesuai untuk menjadi pasangan hidupnya. Ini mungkin kerana tidak mahu dikatakan perigi mencari timba.
Rasa malu ini adalah fitrah semulajadi yang Allah beri pada wanita.
Namun dalam masalah cari jodoh dan pemilihan calon cari jodoh ini adalah
tidak salah dari segi syarak seorang wanita menyatakan keinginannya
terhadap si lelaki.
Namun persoalannya hari ini, tidak banyak cara dan ruang dalam
masyarakat kita untuk seorang wanita yang telah ada calon cari jodoh
dihatinya untuk membuka langkah berani sebegitu rupa. Apatah lagi, kalau
calon cari jodoh lelaki yang dilamarnya menolak pula si gadis itu.
Tidakkah haru biru jadinya?
Tidak hairanlah sekiranya ramai di antara wanita berkerjaya yang
sudah agak lewat usia, memilih untuk terus membujang dari menanggung
risiko bimbang akan melalui pengalaman cari jodoh yang pahit ini.
Di sini, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk cari jodoh dan
bertanya jika si anak ada menyimpan hasrat hati tentang calon cari
jodoh yang diminatinya. Dan si bapa yang lebih elok bertanya dahulu dengan cara yang baik dan
hikmah pada anak gadisnya, adakah dia sudah ada calon cari jodoh atau
lelaki yang diminatinya dan tanya kesediaan si anak gadisnya itu untuk
berumahtangga.
Persoalan cari jodoh anak gadis ini boleh dirungkai dengan pelbagai
cara samada mengajak makan di luar atau apabila bersiar bersama-sama,
bertanya secara terus atau beralas. Tentunya si anak gadis akan merasa
kurang tekanan dan sangat selesa apabila dapat bercerita soal cari jodoh
bersama bapa mereka. Si bapa pula boleh memberi apa-apa pandangan yang
positif sekiranya si anak gadis bertanyakan pendapatnya tentang calon
cari jodohnya itu.
Kemudiannya boleh dilanjutkan pada si ibu untuk berbincang tentang
calon cari jodohnya itu dengan lebih terperinci kerana biasanya
anak-anak lebih rapat dan manja dengan ibu daripada ayah. Dan hal ini
diteruskan sehinggalah si anak gadis dapat cari jodoh tanpa perlu
terjebak dengan budaya couple.
Ibu bapa sememangnya bertanggungjawab dalam cari jodoh dan
menguruskan calon cari jodoh buat anak-anak gadis mereka. Dan ini
termasuk antara hak anak-anak dalam Islam. Ibu bapa perlu cari jodoh dan
mencari pasangan yang baik supaya zuriat yang bakal dilahirkan hasil
daripada perkahwinan itu adalah zuriat yang soleh solehah.
Kepada anak-anak pula haruslah mempercayai ibu bapa dalam cari jodoh
dan memilihkan jodoh yang sesuai untuk mereka. InsyaAllah, pilihan calon
cari jodoh ibubapa adalah pilihan cari jodoh yang terbaik.
Biasanya pilihan cari jodoh keluarga adalah dari kalangan sahabat,
keturunan, sekufu yang baik-baik. Ibubapa telah mengetahui asal usul,
agama dan perangai bakal calon cari jodoh dan keluarganya. Ibu dan ayah
tidak mungkin sesekali akan cari jodoh dan menjodohkan kita dengan
keluarga yang tidak baik asal usul keturunan dan pastinya mereka
mencarikan kita jodoh yang baik agamanya.
Apa-apa pun, jika calon cari jodoh pilihan sendiri tidak menjadi
pilihan keluarga mungkin juga kerana cari jodoh pilihan keluarga itu
adalah yang terbaik. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan hikmah itu
akan menyusul disepanjang perhubungan itu, inysaALLAH.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Seseorang wanita itu
dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya,
kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama,
maka engkau akan beruntung.”(Hadis riwayat al-Bukhari)
Saya kongsikan peranan dan hak ibubapa kepada anak-anaknya:
-
Mendapat pendidikan yang sempurna dunia dan akhirat dan bukannya pendidikan akademik sahaja
-
Bekerja dan memastikan aliran tunai keluarga berjalan dengan baik.
-
Mengajar anak-anak dengan akhlak yang baik.
-
Berusaha cari jodoh dan mencarikan pasangan untuk anak-anak gadisnya dan mengawal anak-anaknya daripada pergaulan bebas.
-
Membudaya ilmu dan menggalakkan ahli keluarga membaca buku ilmiah.
-
Memberi teguran dan hukuman jika anak melakukan kesilapan agar menyedarkan anak-anak tentang apa yang salah dan betul.
Secara amnya, tanggungjawab dalam cari jodoh bukanlah terletak pada
bahu si gadis semata-mata. Jika dia telah cari jodoh dan bertemu dengan
pilihan hatinya, ibu bapa juga harus turut mengetahui dan memberi
pandangan tentang asal-usul si lelaki itu agar pilihan cari jodoh itu
adalah pilihan cari jodoh yang terbaik untuk anak gadisnya.
Sesungguhnya, jodoh, ajal dan maut itu adalah ketentuan Allah SWT.
Namun, usaha daripada pihak ibubapa malah saudara mara juga diperlukan
agar segala urusan cari jodoh untuk anak gadis ini dipermudahkan.
InsyaAllah.
Setelah seorang wanita dapat calon cari jodoh dan telah memilih calon
lelaki itu untuk dijadikan suaminya. Maka, sebagai bapa pada wanita
itu, dia perlu menyampaikan hasrat anak gadisnya itu kepada si lelaki
supaya apabila calon cari jodoh lelaki sudah setuju, dia boleh terus
masuk meminang.
Jika calon cari jodoh wanita tiada bapa, urusan cari jodoh ini boleh
diserahkan kepada wali seterusnya iaitu datuk, bapa saudara sebelah
ayah, abang, atau wali hakim.
Dan jika si gadis masih tiada calon lelaki (mungkin tidak bekerja
atau tidak mempunyai kenalan lelaki), si bapa wali atau ibu wanita perlu
mengambil tindakan untuk berusaha cari jodoh untuk anak gadisnya itu.
Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan ibubapa perlu bersyukur atas rezeki anak ini.
Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa
yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia
kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki.
Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa
yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia
kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
ni apa yg saya jumpa :
Ambil masa untuk memahami kedua orang tua kita dahului.
Orang tua selalunya mengharapkan yang calon cari jodoh yang terbaik buat
anaknya, hadapilah ketidaksetujuan orang tua dengan sabar dan waras.
Setelah habis iktiar maka bolehlah kita merujuk kepada
bahagian jabatan agama supaya kita akan dapat sedikit panduan untuk
membantu menyelesaikan masalah untuk cari jodoh dan berkahwin ini.
Mungkin sekarang ini mereka tidak menyukai calon
pasangan cari jodoh pilihan kita tapi suatu hari nanti bila terbuka
hati, mereka pasti akan dapat menerimanya. Perbaiki diri dan banyak
berdoa dan bersabar. InsyaAllah kita mampu membuktikan kepada kedua
orang tua bahawa apa yang kita lakukan ini boleh membuatkan kehidupan
kita lebih baik dan lebih indah dari sekarang. InsyaAllah...
p/s : tak salah klu kita berusaha utk memilih utk masa depan kita. peace yo... huhuhu..
No comments:
Post a Comment