Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan
mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah
1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan
beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15
minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih.
Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan
rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau
nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil
patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti
menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan
selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga
bersih. Amalkan dua kali seminggu
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah
jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan
ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada
rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas
dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
No comments:
Post a Comment