Wednesday, 11 June 2014

Tips Penjagaan Wajah....

Ok.. this is interesting..
wawa terfikir utk tulis pasal topik ni sbb ramai kawan2 tanya kenapa muka wawa x da jerawat and halus. (perasan plak aku).... biasa ja pun.. Tapi utk tidak menghampakan wawa akan share kat sini.. hohoho.. Wawa mmg mempraktikkan cara tradisional tapi ada la jgk guna produk2 moden ni... ok.. sila lihat di bawah.

1) BASUH MUKA SAMBIL SELAWAT
Amalkan membasuh muka selepas bangun pagi sambil berselawat 3x.. Wajah anda akan berseri dan awet muda..InsyaAllah

2) GUNA PEMBERSIH MUKA, TONER, PELEMBAP
Pastikan menjaga kulit wajah bermula dari pembersih, toner dan pelembap. Pembersih muka untuk membuang kotoran. Toner untuk mengecilkan liang roma dan pelembab untuk melembapkan kulit muka.

3) BEDAK SEJUK
Amalkan pemakaian bedak sejuk sebelum tidur. Bedak sejuk dibuat daripada beras dan kita semua sedia maklum beras sangat bermanfaat untuk menghaluskan kulit wajah. Malah melicinkan, membersihkan dan menegangkan kulit muka.

4) TELUR SEBAGAI MASKER
Cuba amalkan buat masker dengan telur. Pecahkan telur dan ambil putih telur. Sapu putih telur di wajah anda. Biarkan kering. Bilas dengan air biasa atau air suam. Atau cara lain, ambil tisu celupkan ke dalam putih telur dan tampal di wajah. Biarkan sehingga kering.

5) AIR BASUHAN BERAS
Basuh muka dengan air basuhan beras yang ketiga sambil berselawat 3x. Sambil masak nasi sambil jaga kulit mukakan..:))

6) JANGAN MENYENTUH MUKA DENGAN TANGAN
Tangan mengandungi banyak bakteria apatah lagi apabila menyentuh barang yang berdebu. Jaid, jangan menyentuh muka dengan tangan.

7) BERSENAM
Amalkan sentiasa bersenam supaya peluh keluar bersama-sama minyak jahat. Jerawat yang ada di wajah disebabkan minyak yang tersumbat. Jadi, jom kita buang minyak jahat tu..

8) MINYAK KELAPA DARA
Amalkan menyapu minyak kelapa dara supaya kulit halus dan bersih. Minyak kelapa dara boleh didapati daripada santan.

9) MAKAN BUAHAN DAN SAYURAN
Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti kita sedia maklum buahan dan sayuran mempunyai zat dan protein yang sangat elok untuk kulit kita. terutamanya tomato.

10) AIR KOSONG
Minum air kosong secukupnya untuk membantu pembuangan toksid dalam badan. Malah dapat melembapkan kulit.

11) KURMA, MADU & KISMIS
Makan makanan seperti kurma, kismis dan madu untuk kesihatan dalaman dan luaran. Rasulullah juga menggalakkan kita semua memakan kurma, madu dan kismis. Bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecerdasan otak. Ibu mengandung elok memakan kurma, madu dan kismis untuk anak cerdas. InsyaAllah.

12) AMBIL SUPPLEMENT
Amalkan pemakanan supplement seperti collagen dan minyak kelapa dara. Supplement collagen berfungsi menggantikan collagen dalam badan kita yang telah menyusut apabaila umur mencecah usia 20 ke atas. Dan minyak kelapa dara untuk memperbaiki sel kulit dan juga kesihatan dalaman & luaran.

13) LETAK TOMATO DI KULIT WAJAH
Boleh amalkan meletakkan tomato di kulit muka. Tomato dapat memberi kesegaran pada wajah malah membuatkan wajah menjadi lembut dan licin. Tomato kaya dgn zat besi.


okay.. yang ni tambahan utk awet muda :

 SENTIASA MUDA
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, (jangan gosok gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.



Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam



see.. mudah kan. jimat dan selamat..
ok. setakat ni ja la.. 
Wasalam..

Tuesday, 10 June 2014

Cari Jodoh...

Bismillahirrahmanirrahim,salam rindu dan kasih sayang...

 geram rasanya bila tak dapat update entrikan..rasa macam mana ye..?umpamanya gatal yang tak dapat digaru kot..hehehe

lately ni bz dgn sek as guru sandaran sementara menantikan posting nanti...

ok. now let's go on into today's topic.

Topic yang agak panas or maybe suam2 kuku. hehehe. ok Awatif. stop joking.


 "Janganlah kamu berputus asa pada apa yang hilang daripada tangan kamu dan jangan berasa bangga terhadap apa yang diberikan Allah kepada kamu." (Al-Hadid 57:23)

Sebagai seorang wanita sejati, cari jodoh adalah part yang susah jika tiada usaha untuk menghilangkan rasa malu. Memang rasa sangat malu untuk meluahkan hasrat hati dan keinginannya jika ia telah menemui seorang lelaki yang dirasakan sesuai untuk menjadi pasangan hidupnya. Ini mungkin kerana tidak mahu dikatakan perigi mencari timba.

Rasa malu ini adalah fitrah semulajadi yang Allah beri pada wanita. Namun dalam masalah cari jodoh dan pemilihan calon cari jodoh ini adalah tidak salah dari segi syarak seorang wanita menyatakan keinginannya terhadap si lelaki.

Namun persoalannya hari ini, tidak banyak cara dan ruang dalam masyarakat kita untuk seorang wanita yang telah ada calon cari jodoh dihatinya untuk membuka langkah berani sebegitu rupa. Apatah lagi, kalau calon cari jodoh lelaki yang dilamarnya  menolak pula si gadis itu. Tidakkah haru biru jadinya?

Tidak hairanlah sekiranya ramai di antara wanita berkerjaya yang sudah agak lewat usia, memilih untuk terus membujang dari menanggung risiko bimbang akan melalui pengalaman cari jodoh yang pahit ini.

Di sini, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk cari jodoh dan bertanya jika si anak ada menyimpan hasrat hati tentang calon cari jodoh yang diminatinya. Dan si bapa yang lebih elok bertanya dahulu dengan cara yang baik dan hikmah pada anak gadisnya, adakah dia sudah ada calon cari jodoh atau lelaki yang diminatinya dan tanya kesediaan si anak gadisnya itu untuk berumahtangga.

Persoalan cari jodoh anak gadis ini boleh dirungkai dengan pelbagai cara samada mengajak makan di luar atau apabila bersiar bersama-sama, bertanya secara terus atau beralas. Tentunya si anak gadis akan merasa kurang tekanan dan sangat selesa apabila dapat bercerita soal cari jodoh bersama bapa mereka. Si bapa pula boleh memberi apa-apa pandangan yang positif sekiranya si anak gadis bertanyakan pendapatnya tentang calon cari jodohnya itu.

Kemudiannya boleh dilanjutkan pada si ibu untuk berbincang tentang calon cari jodohnya itu dengan lebih terperinci kerana biasanya anak-anak lebih rapat dan manja dengan ibu daripada ayah. Dan hal ini diteruskan sehinggalah si anak gadis dapat cari jodoh tanpa perlu terjebak dengan budaya couple.

Ibu bapa sememangnya bertanggungjawab dalam cari jodoh dan menguruskan calon cari jodoh buat anak-anak gadis mereka. Dan ini termasuk antara hak anak-anak dalam Islam. Ibu bapa perlu cari jodoh dan mencari pasangan yang baik supaya zuriat  yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan itu adalah zuriat yang soleh solehah.

Kepada anak-anak pula haruslah mempercayai ibu bapa dalam cari jodoh dan memilihkan jodoh yang sesuai untuk mereka. InsyaAllah, pilihan calon cari jodoh ibubapa adalah pilihan cari jodoh yang terbaik.

Biasanya pilihan cari jodoh  keluarga adalah dari kalangan sahabat, keturunan, sekufu yang baik-baik. Ibubapa telah mengetahui asal usul, agama dan perangai bakal calon cari jodoh dan keluarganya. Ibu dan ayah tidak mungkin sesekali akan cari jodoh dan menjodohkan kita dengan keluarga yang tidak baik asal usul keturunan dan pastinya mereka mencarikan kita jodoh yang baik agamanya.

Apa-apa pun, jika calon cari jodoh pilihan sendiri tidak menjadi pilihan keluarga mungkin juga kerana cari jodoh pilihan keluarga itu adalah yang terbaik. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan hikmah itu akan menyusul disepanjang perhubungan itu, inysaALLAH.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung.”(Hadis riwayat al-Bukhari)
Saya kongsikan peranan dan hak ibubapa kepada anak-anaknya:
  1. Mendapat pendidikan yang sempurna dunia dan akhirat dan bukannya pendidikan akademik sahaja
  2. Bekerja dan memastikan aliran tunai keluarga berjalan dengan baik.
  3. Mengajar anak-anak dengan akhlak yang baik.
  4. Berusaha cari jodoh dan mencarikan pasangan untuk anak-anak gadisnya dan mengawal anak-anaknya daripada pergaulan bebas.
  5. Membudaya ilmu dan menggalakkan ahli keluarga membaca buku ilmiah.
  6. Memberi teguran dan hukuman jika anak melakukan kesilapan agar menyedarkan anak-anak tentang apa yang salah dan betul.
Secara amnya, tanggungjawab dalam cari jodoh bukanlah terletak pada bahu si gadis semata-mata. Jika dia telah cari jodoh dan bertemu dengan pilihan hatinya, ibu bapa juga harus turut mengetahui dan memberi pandangan tentang asal-usul si lelaki itu agar pilihan cari jodoh itu adalah pilihan cari jodoh yang terbaik untuk anak gadisnya.
Sesungguhnya, jodoh, ajal dan maut itu  adalah ketentuan Allah SWT. Namun, usaha daripada pihak ibubapa malah saudara mara juga diperlukan agar segala urusan cari jodoh untuk anak gadis ini dipermudahkan. InsyaAllah.
Setelah seorang wanita dapat calon cari jodoh dan telah memilih calon lelaki itu untuk dijadikan suaminya. Maka, sebagai bapa pada wanita itu, dia perlu menyampaikan hasrat anak gadisnya itu kepada si lelaki supaya apabila calon cari jodoh lelaki sudah setuju, dia boleh terus masuk meminang.

Jika calon cari jodoh wanita tiada bapa, urusan cari jodoh ini boleh diserahkan kepada wali seterusnya iaitu datuk, bapa saudara sebelah ayah, abang, atau wali hakim.
Dan jika si gadis masih tiada calon lelaki (mungkin tidak bekerja atau tidak mempunyai kenalan lelaki), si bapa wali atau ibu wanita perlu mengambil tindakan untuk berusaha cari jodoh untuk anak gadisnya itu.

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan ibubapa perlu bersyukur atas rezeki anak ini. 

Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud, 

“Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

ni apa yg saya jumpa :


Ambil masa untuk memahami kedua orang tua kita dahului. Orang tua selalunya mengharapkan yang calon cari jodoh yang terbaik buat anaknya, hadapilah ketidaksetujuan orang tua dengan sabar dan waras.

Setelah habis iktiar maka bolehlah kita merujuk kepada bahagian jabatan agama supaya kita akan dapat sedikit panduan untuk membantu menyelesaikan masalah  untuk cari jodoh dan berkahwin ini.

Mungkin sekarang ini mereka tidak menyukai calon pasangan cari jodoh pilihan kita tapi suatu hari nanti bila terbuka hati, mereka pasti akan dapat menerimanya. Perbaiki diri dan banyak berdoa dan bersabar. InsyaAllah kita mampu membuktikan kepada kedua orang tua bahawa apa yang kita lakukan ini boleh membuatkan kehidupan kita lebih baik dan lebih indah dari sekarang. InsyaAllah...



p/s : tak salah klu kita berusaha utk memilih utk masa depan kita. peace yo... huhuhu..

Monday, 11 November 2013

Posting di SMK Perai...???

Tadi aku ditanya oleh seorang guru sanggupkah aku klu diterima posting di SMK Perai?
I was like... emmmm..

Dah lebih 3 bln aku GSTT kt sek ni.....
Mungkin aku dh selesa di sekolah ni..
Selesa dgn guru-guru..
Selesa dgn pentadbir..
Selesa dgn pelajar2..
Selasa dgn persekitaran sek...

Persoalannya di sini.... betulkah aku akn posting di SMK Perai...?

Mungkin sebab pilihan negeri yg pertama aku letak Penang..

So........

Nantikan jawapannya nanti....

Kalau betul aku terima dgn redha...


Tuesday, 8 October 2013

BERKAHWIN ATAS PILIHAN SENDIRI ATAU PILIHAN IBU BAPA?








Ehem...



ha.. jgn slh faham plak.. sbnrnya topik ni x berkenaan dgn sy..
kwn sy ada ckp yg family dia dh carikan jodoh utk dia but at the same time dia dh ada pilihan hati sendiri.. adoyai.. parah... kesian dia...  ni lebih kurang mcm cerita kampung girl la.. kawin atas pilihan family.. 



but at least yg si Ainur ni syg kt Ash.. ok la kn..

Perkahwinan merupakan salah satu impian semua orang. Biasanya dalam hal memilih pasangan hidup kita, sekarang ni kebanyakan pilihan dibuat oleh si pengantin sendiri. Memang ada yang dipilih oleh ibu bapa, tapi rasanya dah jarang. Lagi pun ibu bapa dah memahami sekarang, dapat bertolak ansur dengan pilihan hati si anak. Hehe


 

Kalau kahwin dengan pilihan sendiri, biasanya pasangan tu akan rasa lebih selesa pada hari perkahwinan. Yer la, dah saling kenal mengenali dengan lebih mendalam, mesti la rasa selesa kan. Lagipun dah memang niat bercinta sebab nak kahwin, takkan la tetiba hari perkahwinan monyok semacam jer.
Segalanya gembira je di hari perkahwinan kan. Tapi bila berkahwin dengan pilihan sendiri, jangan lah sampai salah pilih. Jangan diikutkan sangat nafsu muda kita. Kalau boleh biarlah pilih calon yang sesuai dengan diri kita. Jangan tersalah pilih, nanti menyesal tak sudah.




Bagi yang kahwin atas pilihan keluarga lak, kata orang lagi romantik sebab bercinta lepas kahwin. Berbeza dengan orang yang bercinta sebelum kahwin, mesti orang yang bercinta lepas kahwin ni lagi banyak cerita yang nak dikongsikan. Yer la, kan sebelum ni dua insan yang tidak kenal langsung, tetiba jadi pasangan yang halal antara satu sama lain.
Mesti banyak story ataupun benda nak dikongsi bersama kan. Tapi bila kahwin atas pilihan keluarga ni, kena la redha. Mana tahu dalam hati ada impian dengan si A, tetiba keluarga suruh kahwin dengan si B pulak kan. Jadi kena la redha atas segala-gala pilihan keluarga. Mesti ada hikmahnya kan.

Jadi berbalik kepada korang semua, mana satu yang jadi pilihan korang? Sama ada kahwin atas pilihan sendiri ataupun pilihan keluarga? Yang dah kahwin pun boleh join tinggalkan respon ok. Kepada ibu bapa pula, nak pilihkan calon atau biar si anak tentukan pasangan dorang? Hehe :D



As for me, siapa yg family sy suka, itulah pilihan sy sbb bg sy restu mak ayah tu tersangat la penting utk kebahagiaan dunia akhirat.. so, renung2kn dan selamat beramal.. hehe..


p/s: Jarang dah tengok pasangan kahwin atas pilihan keluarga sekarang ni.