Friday, 5 February 2016

Perempuan Keras Kepala vs Lelaki Ego. Macamana Nak Handle?








In relationship with dengan orang yang kita sayang mungkin takkan jadi satu hal besar kalau setakat perangai dia agak jengkel dan ego agak tinggi. Asal dah sayang, semua jadiii. Tapi orang kata kesabaran pun ada batasnya. Sebab tu ada waktu relationship kau tak tahan lama. Bukan tak sayang. Tapi mungkin tak berapa nak sabar. Tu je.

Pandangan wawa kalau si perempuan jenis keras kepala, si lelaki pulak jenis ego. Kuat merajuk pulak tu; samaa je pandangan wawa. Ground rules wawa dalam hal hal relationship ni tetap sama; ketahanan sesuatu hubungan bukan disebabkan kesetiaan semata-mata. Kesetiaan sendiri tak menjamin hubungan tu berkekalan kalau sampai satu masa perasaan tu mati. Bagi wawa, kalau  nak long lasting relationship, perasaan sayang tu kena bersederhana. Jangan sayang sangat. Jangan jakun sangat. Jangan terlebih adrenalin nak eksaited eksaited sangat lah. Bila sayang bersederhana, kita tak lupa diri sangat. Bercinta pun takde lah rasa terapung apung sangat di awangan eh orang kata? Haa macamtuu. Bila kau terlampau sayang, bila dia buat salah, hati senang terluka susah nak terima. Bila silap sikit, luka dia lebih. Cuba sayang sederhana je, insyaAllah kalau dia buat salah pun, hati kita tak susah mana nak maafkan.

Wawa nak kata jangan in relationship je la lagi senang; pun tak boleh juga. Sebab ada manusia yang in relationship. Ada manusia yang selesa single macam Wawa. Ehheheh. Untuk yang in relationship, first and foremost, sila moderate kan dulu perasaan korang pada si dia, baru semua masalah akan nampak lebih mudah nak selesai. Banyak benda dalam relationship ni melibatkan sisi emosi dan perasaan mengatasi akal. Agak merbahaya kalau emosi dan perasaan terlebih atau tak berapa nak stabil. Natijahnya, susah nak handle relationship.

Si perempuan keras kepala, si lelaki pulak ego. So macamana nak elak selalu bergaduh bertengkar berbaling pinggan?


Sifat normal perempuan, tak kira dia keras kepala mengalahkan bata atau konkrit simen, dia lembut hati. Lagi lagi bila benda melibatkan orang yang dia sayang. Keras kepala macamana pun, alahh keras kulit buah tembikai je. Luar keras, dalam penuh air. Cucuk guna jari sikit dah boleh tenggelam isi dia. Hihi. Apa apa je lah perumpamaan wawa nak letak eh? Ni pun wawa menulis tentang sifat umum perempuan. Wawa tak kata semua perempuan keras kepala tu lembut hati. Ada yang keras luar dan dalam. Macam batu. Tapi yang ni mungkin yang feelingless lah. Wawa boleh bet perempuan keras macamana pun, bila dia berperasaan, dia akan meliuk lentuk bila kena keadaan dan situasinya. Kuasa cinta kau jangan pandang rendah. Anugerah Tuhan yang indah macamtu, kau taktahuuuu apa dia boleh buad dalam hidup kau, kau tahu? Euwww jiwang.

Cara nak elak selalu bergaduh, wawa rasa kalau tanya orang lain pun jawapan dia lebih kurang.Mesti ada tolak ansur. Tu la paling penting. Kepercayaan atau si trust tu penting juga. Tapi takguna trust sana trust sini tapi takde toleransi. So dua dua kena ada. Perempuan keras kepala? Lelaki ego? Jangan panik sangat lah. Kalau dua dua berperasaan sayang tu ada, insyaAllah toleransi tu ada. Dia hadir sendiri bila korang ada perasaan sayang tu. Sayang yang genuine okay. Bukan sayang hari ni, esok dah tak sayang lagi. Kamon lah. Takkan bila umur dah masuk 2puluh-an pun still nak tukarganti lagi? Wawa expect a serious relationship tips2 yang aku tulis ni. Yang nak sukasuki je, tak sesuai baca benda ni aku rasa. Hidup kena racist sikit takpe kalau untuk kebaikan. Haha.



Lagi satu, kalau setakat benda kecik kecik tu, alah pandang ringan je sudah lah. Perempuan jenis ambil berat segala benda, kalau boleh yang paling kecik pun nak pandang besar besar. Tapi kita tak boleh nak expect lelaki perasan setiap satu benda yang kita nak diorang perasan. Err maksudnya lelaki tak pandang hal hal remeh temeh sangat macam perempuan pandang. Jadi kita pun kena faham sifat diorang dulu. Takboleh emo taktentu pasal je, tahu? Mungkin ada sesetengah perkara, diorang bukan sengaja nak tak perasan atau ambil ringan. Cuma mungkin benda tu bagi diorang benda remeh. Jadi sebelum nak emo tiba tiba amcam ada tendency nak menyalakan api pergaduhan tu, check dulu  wajar tak wajar nak melenting tu. Nak melenting bila rasa perlu je. Agak-agak boleh tahan lagi tu, takpayah lah nak buad onar sangat. Ehhe.

Untuk yang lelaki ego ni. Kau agak agak lah kan nak ego ego sangat bukan kau dapat apa pun? Takkan dengan awek sendiri pun kau nak letak tinggi tinggi sangat tingkat ego kau tu. Rendah rendah kan lah sikit. Consider sikit. Jangan nak berharap sangat perempuan je kena faham kau. Kau pun kena faham sifat dia juga. Nak sangat in relationship, kan? Jadi kau kena tahu daripada awal lah apa tanggungjwab yang kau kena ada. Aku salute ekceli dengan lelaki yang in relationship. Sebab tak semua lelaki berani pikul 'komitmen'. Sesetengah lelaki tak suka ada 'komitmen' sebab bagi diorang tu beban. Rasa terkongkong etc etc. Jadi kau kena sedar kau takboleh lah buad perangai perasan single pulakk. In relationship ni tanggungjawabnya lebih. Kalau sebelum ni kau takpayah nak jaga jaga hati sesiapa, sekarang kau dah ada hati yang nak dijaga. Hati perempuan pulak tu. Bukan senang. Sensitif kottttt. ;P

Benda paling asas dia, faham satu sama lain. Bukan takat faham gitu gitu je, tau nama dia apa duduk kat mana anak siapa bangsa apa tu dah cukup. Tak. Sebab tu Wawa personally tak encourage sangat kalau baru kenal sehari dua terus jump into relationship. Sebulan dua lepas tu putus. Nopeeeee.. Sebab tu juga Wawa prefer kalau in relationship dengan orang yang kau kenal, kau rapat dan kau selesa ada chemistry tu penting. Tapi personally, kalau dah kenal dah rapat dah faham luar dan dalam tu, takperlu sangat lah nak in relationship. Kalau dah terbiasa kawan, kawan terus lah. Bagi sesetengah orang, mungkin lebih selesa begitu. Lepastu sampai masa, kahwin lah kalau ada jodoh. Moderation dalam perhubungan tu penting juga. Islam pun tak galak benda2 over sangat kan? :P



Like I Care?

Well..





I don't care.

I don't give it a damn.

Whatever..


J

U

S

T


G

O

DO NOT EVER APPEAR IN FRONT OF ME AGAIN

I REPEAT

J
U
S
T

G
O


ZZZZZZZZZZZZZZ

Merokok tu Bahaya tau Awak2..



Assalamualaikum semua..

Rasanya tak perlu lagi la kot wawa
terang secara
saintifik dan teorinya mengenai bahaya
rokok kepada
tubuh badan manusia sebab semua dah
tau
kan..

Tapi kenapa masih ada yang tergamak
nak menghisap
silender kertas bersalutkan tembakau tu??
"Oh mengapa kah? Why people, why?", tertanya-tanya
sambil merenung bulan seorang diri, tatkala itu
terdengar
juga bunyi cengkerik bersahutan, barangkali turut
bersetuju dengan akal fikiran ku.Krik-krik-krik-krik
(Boleh bayangkan scene yang comel tu? muahaha)


Husnuzon itu amalan yang terpuji.Maka wawa cuba
husnuzon, mungkin korang masih belum tahu bahan2
yang terkandung di dalam rokok.So, nah sebijik!



Maka, wawa assume korang dah pun tahu keburukan
merokok.Alhamdulillah, semoga kita mendapat ilmu
yang
bermanfaat hendaknya~:) Tak perlulah wawa
menerangkan lagi faedah apabila meninggalkan silinder
bersalutkan tembakau ini. Sudah terang lagi
bersuluhkan
torchlight, jika korang berhenti merokok maka
insyaallah
korang akan dapat mengelakkan diri dari memasukkan
bahan-bahan kimia lagi bertoksik ke dalam badan. Maka
badan korang pun boleh-lah dielakkan dari menghidapi
penyakit marabahaya seperti jantung, paru-paru dsb-
nya.
(Insyaallah)

Namun....
"Macamana pok cik nak benti merokok", tanya Pak Cik
dot dot dot yang dah 25 tahun menjadi pelanggan tetap
Dunhill, Malboro dan juga Salem.
Saya ada terbaca beberapa tips tradisonal dari seorang
blogger.Semoga bermanfaat untuk Pak Cik hendaknya~


1. Buat target masa untuk berhenti merokok. Jangan
terlalu drastik. Take time.

2. Minum air kelapa muda untuk mengelakkan rasa
ketagihan

3. Mandi dengan kerap.(Baguih jugak! Hilang daki
badan.)

4. Mengunyah benda-benda yang manis. Buah ke, choki-
choki ke...
5. Minum air dengan kuantiti yang banyak. Elakkan
minum air yang berkafein.


Sekarang juga ada ubat-ubat yang boleh membantu
mengurangkan ketagihan merokok tau!


Gula getah nikotin: Ia dikunyah dalam selang waktu yang ditentukan. Biasanya individu yang mendapatkan rawatan ini diberikan 10 keping gula getah untuk dikunyah dalam sehari. Selain gula getah, pelekat nikotin (nicotine patch) juga boleh digunakan unuk menggantikan gula getah dan ia lebih mudah kerana ia hanya perlu dilekatkan di kulit dan tidak perlu dikunyah


Varenicline: Ini merupakan ubat yang menghasilkan nikotin separa agonis (nicotine receptor partial agonist). Tugasnya ialah untuk memastikan bahawa rokok yang dihisap tidak menyebabkan 'high' dan ketagihan dan pada waktu yang sama juga mengelakkan daripada rasa ketagihan asap rokok. Ia adalah baik untuk digunakan seminggu sebelum seseorang berhenti merokok.


Amfebutamone (Bupropion). Ubat ini adalah hampir serupa dengan dadah amfetamin. Ia bertindak meningkatkan rasa tenang dan oleh sebab itu, ia juga digunakan dalam merawat masalah kemurungan (depression). Ubat ini amat berkesan untuk menyelesaikan masalah ketagihan rokok dan jika dipakai bersama sama pelekat, maka keberkesanannya meningkat hingga ke 35.5%

Berhentilah merokok sayang. Semoga ALLAH
mempermudahkan niat dan azam korang untuk berhenti
merokok. Amin ya rabbal alamin~

Biasalah tu, bila nak buat benda baik akan ada macam-
macam dugaan.Serba tak kena hari ni dibuatnya,badan
menggigil tak tentu masa,sakitnya kepala tak boleh nak
kata apa. Namun, kalau bukan hari ini, bila lagi ya?

Kuatkan azam, cekal kan tekad, usaha sungguh-s
ungguh! Niatlah sebab nak jadi yang lebih baik untuk
Dia. Insyaallah Tuhan akan datangkan pertolongan dari
mana-mana sudut.Insyaallah!

Selfie



Apa maksud sebenar perkataan Selfie dan keburukan tabiat tersebut. Selfie merupakan antara budaya paling digemari oleh ramai remaja masa kini dilaman sosial. Di Malaysia boleh dikatakan 80 peratus remaja menggemari untuk ber “selfie” tanpa mereka sedari. Berikut adalah penjelasan sebenar atau definisi maksud Selfie.




Definisi Selfie


Selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, like dan sebagainya.





















Keburukan Tabiat Selfie


Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular ‘selfie’ boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.


Sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.


Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan.


Remaja dan Pemberontakan...




Rogers, (1951) ’Adolescence’ bermaksud membesar menjadi matang. Remaja dikatakan berusia di antara 11 hingga 21 tahun, merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang. 
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah". 

Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa
Pada peringkat ini, remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.

Suka berangan-angan
Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan. 

Senang Terpengaruh oleh Emosi
Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap. 
okeh.. itu adalah defenisi yang saya dapat dari sumber.. pabila usia remaja itu meningkat ke 13 tahun , emosi dia makin lebih terganggu dan cepat memberontak.. Alhamdulillah saat remaja yang saya alami tidaklah seperti sekarang kerana jika kita lihat dengan teliti, zaman remaja sekarang ini lebih bermasalah..kerana kes pembulian sering berlaku, bukan itu sahaja, banyak lagi kes yang dilakukan oleh para remaja sekarang ini. apa yang saya lihat, remaja memang gemar mengikut cara kawan dan mahu lebih dari kawan itu. namun, apabila keinginan mereka tidak dapat dituruti oleh ibu bapa, mudah sahaja mereka melenting.
 
ok untuk adik2 yang tengah meningkat remaja ini, bertindaklah menggunakan akal dan bukan nafsu kerana "ikut nafsu lesu" dan "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna".. zaman remaja kita harus berhati-hati dan kena pandai memilih kawan mencari identiti.. takut tersalah pilih kita yang rugi.. zaman remaja korang pulak macam mana?

Comelnya baju flower girl and flower boy...!!!

Jam dah pukul 11.30..

Saja surf internet relax2

suddenly ternampak ni...!!!






I was like...!!!

CUTENYA....!!!!!

CUTE SANGAT222222222....

Oknye...

bukan tak cuba

Well.
Hari ni nak bercerita tentang kisah seorang gadis. 
Dia sukakan seseorang. Tapi masih belum ada kepastian dari jejaka tu..
Dia diminta untuk berkenal-kenalan dgn pilihan keluarga. But she did not think that he is the one for her. But still, she did not know what decision to take.


Kesian kan..

Well. Let just pray for her.
Yang terbaik utk dia.