Friday, 22 April 2016

Projector Band - Sudah Ku Tahu (Official Lirik Video)





Mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu



selamat tinggal
aku kan pergi buat selamanya
aku doa kau bahagia tanpaku selamanya....

Monday, 14 March 2016

Don't Be Judgemental.

Salah satu perkara yang terbaik yang boleh kita buat untuk menjadikan hidup lebih gembira;

– adalah dengan belajar untuk mengelakkan diri kita dari menilai orang lain.

Don’t be judgemental

Maksud saya disini adalah, bukanlah kita perlu untuk berpura-pura untuk ‘tidak menilai’ orang lain.

Ia sememangnya telah menjadi salah satu sifat semulajadi manusia.

Kita semua mudah untuk menilai orang lain.

Saya juga tidak terkecuali

Dan walaupun sifat menilai atau judgemental ini sifat semulajadi manusia, saya tidak merasakan ia adalah suatu sifat yang boleh memberi kebaikan kepada kita.

Kita cenderung memandang rendah terhadap orang lain.

Pada masa yang sama kita merasakan bahawa diri kita lebih baik atau mulia.

Ia akan mewujudkan jurang diantara kita dan orang lain.

Cuba fikirkan sesaat: Apabila kita terserempak dengan seseorang, dengan berdasarkan penampilan dan perbuatan mereka, apa yang akan fikirkan tentang mereka?

Dan penilaian kita terhadap orang lain selalunya buruk.

Apa akibatnya jika kita mudah untuk menilai orang lain?

Apakah keburukan yang terselindung disebaliknya?

Ini adalah beberapa akibat yang akan berlaku:

Kita akan langsung tidak mempedulikan apa yang seseorang itu sedang lalui
Kita tidak akan faham situasi yang sedang berlaku.
Pandangan yang tidak betul terhadap orang lain.
Kita akan rasa lebih hebat dan baik daripada orang lain
Kita akan tidak bersyukur
Menutup pintu silaturrahim. Kita sukar untuk cuba mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam.
 

Bagaimana melepas sifat ‘menilai’ & Judgmental ini

Pertama sekali kita harus sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan.

Anggap sifat menilai orang ini sebagai sesuatu yang sentiasa harus dielakkan.

menilai

Mari lihat dalam konteks kehidupan kita.

Ada beberapa  petanda yang menandakan kita sebagai seorang judgemental atau suka menilai.

Jika kita berasa marah, sakit hati atau menyampah terhadap seseorang, pastinya kita akan mengata terhadapnya, bergosip dan mengumpat terhadapnya.

Ini adalah petanda anda adalah seorang yang suka menilai atau judgemental. Sila cam kan apa yang sedang berlaku.

Apabila anda sudah menyedari perkara ini, berhenti dan bertenang.

Tidak perlu untuk menyalahkan diri sendiri, tetapi persoalkan mengapa kita bersikap sedemikian:

Mengapa kita perlu menilai seseorang?
Apakah pandangan yang dibuat oleh kita terhadapnya betul dan munasabah?
Boleh kita teka apa yang sebenarnya seseorang itu sedang lalui sebenarnya?
Kelebihan apa yang ada pada dia yang boleh kita hargai?
Cuba keluar dari memikirkan dalam sudut pandangan kita dan cuba letakkan diri kita berada ditempatnya
Cuba bayangkan bagaimana jika kita sedang berada ditempatnya, melalui situasi yang sama denganya?
Bila kita selesai dengan persoalan ini, tanyakan kepada diri kita: Bagaimana untuk kita boleh menolongnya? Apa yang dia perlukan sebenarnya?
 
Penutup

Kadangkala, orang-orang sebegini hanya memerlukan seseorang yang sudi mendengar masalah mereka.

Seseorang yang boleh menjadi sahabat, seseorang yang tidak menilai dari luaran, seseorang yang mampu menerima mereka seadanya.

Adakalanya juga, mereka perlukan sesuatu yang lebih.. – iaitu nasihat, panduan dan sedikit pelukan untuk memberikan mereka semangat untuk teruskan hidup dengan lebih baik.

Tetapi semua ini tidak akan berlaku selagi kita masih lagi seorang yang judgemental.

Yang senang untuk menilai dan melabel orang lain.

Bila kita dapat membuang sifat ini, dan menggantikannya dengan rasa  menerima dan empati, kita akan menjadi sesuatu yang  sangat membantu.

Dan secara tidak langsung, kita akan merasa lebih gembira dan bahagia disepanjang berlangsungnya proses ini.

InsyaaAllah. Semoga Allah merahmati kita semua.

Keji, Hina dan Mengata..

salam jumaat



Jangan KEJI anak orang, anak kita belum tentu lagi.
Jangan HINA masa depan orang, nasib kita belum tahu lagi
Jangan suka MENGATA orang, lebih baik perbaiki diri sendiri..

Friday, 4 March 2016

TIPS MEMAKAI PREMIUM BEAUTIFUL SEBAGAI SET BERPANTANG




1) BERSALIN NORMAL - 
>> Boleh dipakai seawal sejurus keluar dari labor room
>>Boleh dimulakan dengan hanya menekap Waist Nipper pada perut/rahim
>>Selepas keluar dari hospital boleh mengenakan full set PB

2) BERSALIN PEMBEDAHAN/CAESAREAN/CZER
>> Mula pakai setelah luka jahitan luar benar-benar kering
>> Pastikan luka kering selepas mandi dengan cara anginkan kawasan luka czer pada kipas
>> Boleh mula pakai samada Long Girdle atau Waist Nipper
>> Apabila benar-benar yakin luka sembuh dan kering boleh sarungkan full set PB dalam tempoh sebulan petama
016-6955403

Saturday, 27 February 2016

The Decision...

Well..

Maybe this is the best.
I think this is the best for both of us.

I wish goodluck for you
Hope we will achieve our dream.
I pray for your happiness.

Goodluck.

Hari2 tambah lemak

Ok. Hari ni ada kenduri lagi.
Makan lagi.
Tambah lemak lagi nampaknya.


Wednesday, 17 February 2016

Tips Memilih Pakaian Mengikut Badan



Si Montel

Wanita montel, berisi , chubby, gempal, bulat... Lain bunyi, tetapi hampir sama maksudnya. Memiliki bentuk badan seperti ini sangat merungsingkan! Ada sahaja yang tak kena. Ini tak sesuai itu tak sesuai memang rumit! Golongan ini sering dalam keadaan krisis ketika membuat pilihan pakaian. Jangan bergitu, berbadan montel tidak bermakna anda tidak boleh bergaya bukan ?

Trik Pemakaian:


1) Selalu pakai pakaian yang mempunyai ukuran yang tepat. Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Utamakan keselesaan anda. Malah material kain cotton yang nipis juga sangat sesuai untuk badan seperti anda.

2)      Jika anda bercadang untuk memakai gaun labuh pastikan anda memilih potongan ‘A-Line’ untuk tampak lebih ramping.

3)      Gaun yang mempunyai potongan di pinggang sangat sesuai untuk menyembunyikan kelemahan anda. ia dapat memberi efek lekuk tubuh yang sempurna. Jangan terkejut jika ada yang memuji “nampak ramping awak sekarang ya!”


4)      Jangan lupa biasakan diri memakai high heels yang sesuai dengan berat badan anda. Wedges adalah terbaik! Ia dapat menyokong dan menampung badan anda yang agak berat berbanding kasut yang miliki tumit terlalu nipis. Tambahkan aksesori tali pinggang! anda pasti kelihatan hebat!

5)      Elakan daripada memilih corak yang besar. Ia akan menampakan badan anda lebih lebar dan gempal. Langkah yang selamat, pilihlah pakaian yang bewarna gelap seperti hitam, maroon, dan coklat untuk nampak lebih kecil. Ada baiknya juga jika anda memilih pakaian yang mempunyai satu tone warna sahaja.