Thursday 14 January 2016

SABAR ITU INDAH...


Assalamualaikum.





"Manusia comel bijak pandai dan bergaya, uruskan fitrah kemarahan, melalui istighfar dan kesabaran. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah."




Kemarahan, kesedihan, kegembiraan, keterujaan, kecintaan, kasih sayang dan perasaan lain-lain adalah fitrah hati dan perasaan yang memang Allah kurniakan untuk kita 'mengambil' ia sebagai 'simpanan akhirat'.




Contoh : Apabila awak diuji dengan sesuatu perkara yang awak tak buat, atau mungkin awak diuji dengan sesuatu perkara yang menguji kesabaran awak. Awak boleh menangani fitrah itu dengan sabar. Jadi apabila bersabar, makanya awak dapatlah jadikan itu sebagai simpanan akhirat. Mudahkan?







Yes, mungkin ramai akan mengeluarkan fatwa hati dengan mengatakan,




"Alah, cakap senanglah. Semua orang pun boleh cakap."




"Hurm, tak kena batang hidung sendiri, mana tau perasaan orang."







*** Ini biasa. Tapi percayalah, apabila hati kita mula bertenang, kita pasti akan terfikir semula, "Lahh, kenapalah aku cakap macam tu, dugaan kan Allah beri lain-lain pada setiap seseorang." (Ini bagi yang berfikir, yang mahu perbaiki diri dan positifkan minda.)







Marah?




Aku pun pernah marah, eh tersangat tipulah kalau aku kata aku tak pernah marah.

But yes, bila teringat semula, jadi malu sendiri tau.




Bukankah peribadi seseorang itu dapat kita lihat ketika seseorang itu sedang marah, dan bagaimana dia mengawal kemarahannya.




Apabila sedang diuji dengan kemarahan ;-




i) Adakah seseorang itu akan bersabar?




ii) Atau terus beristighfar dengan niat menyejukkan hati yang panas?[ <~ Inilah yang




dianjurkan. Orang begini mesti diraikan sikapnya.].




iii) Atau mungkin membalas rasa marah dengan tengkingan, membaling barang? [mohon elakkan]




iv) Atau terus update dalam facebook dan twitter ataupun blog untuk menunjukkan rasa marah kita




yang tak terhingga tu? [yang ini mohon elakkan juga]







Mana satukah kita? Seperti di atas? Atau mungkin ada tambahan lain? (Apa-apa sahaja yang positif dan negatif)










Assobbru minal iman (Sabar itu sebahagian iman)










Assobru jamil (Sabar itu indah, cantik)










Innallaha ma'as sobirin (Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar)













Nah, lihatlah, fikir-fikirkan. Sabar itu sebahagian iman, indah dan cantik, paling best ialah Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Subhanallah! :')







Jadi mengapa sukar menguruskan kemarahan?

Kemarahan itu untuk siapa? Perlu ke untuk di war-warkan sehingga terkadang kita akan mengaibkan orang lain tanpa sedar. Naudzubillahi min zalik.




Jangan sampai kita mendedahkan aib orang, Allah sedang jaga aib kita, Allah selalu menjaga keaiban diri kita. Mengapa dan kenapa kita memilih untuk mendedahkan aib orang?




Ya, tahu sedang marah. Sedang sakit hati. Sedang begini dan begitu sehingga hati panas membara. Tapi jangan sampai mendedahkan aib orang. Dan kita kena jaga aib diri kita sendiri. Apabila marah, sebenarnya akan menampakkan aib diri kita yang sebenar.




Orang akan memberi persepsi yang berbagai-bagai. Kita rasa kita di pihak yang betul, tapi kita pastikah semua orang akan setuju dengan kita bahawa kita di pihak yang betul? Tak. Tak akan ada semua orang yang akan membenarkan semua yang kita katakan. Jadi untuk apa kita dedahkan aib orang? Di samping aib diri kita juga terdedah tanpa kita sedari? Mintak Allah jauhkan ya.




"Dan sesungguhnya apabila kita membiarkan perasaan marah menguasai diri, maka kita juga sedang membiarkan syaitan menguasai diri kita." Syaitan bertepuk suka, kita berkepuk dosa. Mahu kah?







Jadi bagaimana?




Perasaan marah ini sukar dikawal, sangat sukar dikawal tapi boleh dikawal jika kita bijak~




Kita telah dianjurkan jika sedang marah, seharusnya basahi lidah kita dengan istighfar. Astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah. Sebutlah banyak mana, dalam pada itu, mohon doa dari Allah, supaya Allah berikan kita SABAR yang tinggi.







Yakin, Allah akan beri pertolongan kepada kita.

Andai dihati masih berdenyut-denyut sedang menahan perasaan marah, basuhlah tanganmu sebagai terapi untuk menyejukkan diri, dan lebih elok mengambil wuduk. Perasaan marah itu bukan akan hilang serta merta.




Sebaliknya, tujuan wuduk itu, kita boleh klasifikasikan sebagai bahan "penyejuk" untuk hati yang sedang panas. Ditambah pula dengan lidah yang sentiasa dibasahi dengan istighfar dan zikir-zikir lain, yakinlah hati dan perasaan kita akan beransur pulih.




Aku pernah marah.

Siapa aku yang tak pernah marah? Aku hanya manusia biasa. Allah berikan juga rasa itu.

Aku pernah lakukan 'terapi' itu. 'Terapi' yang sentiasa dianjurkan oleh ustaz ustazah ini. Hasilnya Alhamdulillah.




Dan kerana itu, wujudnya entri ini. Aku sekadar nak share sesuatu yang aku cuba, dan sebenarnya kita boleh uruskan perasaan marah itu. Kita tak akan boleh, bila kita tak yakin.

Berapa ramai manusia yang ada sikap was-was dalam diri? Mohon buangkan segera.




Sikap was-was itu tak bagus. Kita kena selalu yakin dan bersangka baik.




Bila kita sedang berusaha, pasti akan ada hasil.




Kebiasaan hasil, usaha dalam menguruskan pelbagai fitrah hati, Allah pasti bantu. Allah pasti bantu. Hasilnya adalah positif. Ingat ya. Jangan risau. Andai kata selepas reda perasaan marah, adalah kebiasaan kita akan teringat-ingat dan sedih. Terkilan pun ada sikit berbekas-bekas.




Tak apa. Anggap itu ujian kecil untuk kita.

Kalau kita perasan, sebenarnya tiap-tiap hari pun Allah sedang menguji kita.

Ujian yang Dia beri itu, bukan semestinya yang besar-besar dan yang kita dapat lihat saja.




Ujian hati adalah ujian kecil daripada Allah untuk kita, yang Dia akan beri setiap hari.




Sebab pada pandangan aku, setiap hari sudah tentu kita akan berfikir melalui akal fikiran, dengan bantuan hati. Bayangkan ya, setiap hari kita akan berdepan dengan sesuatu perkara, yang kita suka dan yang kita tak suka. So, apabila ia melibatkan suka dengan tak suka, mesti ia mempengaruhi hati kita dan juga akal kita.




Jadi itu kita boleh anggap sebagai ujian, tentang bagaimana kita mengurus fitrah, seterusnya mengambil impak yang baik, belajar dari kesilapan terdahulu.




Ujian yang Allah beri, sangat luas konsep dan maknanya.

Terpulang pada akal dan hati kita, bagaimana untuk mentafsirkan.







"Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).







" Kalau lelaki, pasangannya wanita. 




Kalau siang, pasangannya malam.




Kalau bulan, pasangannya bintang.




Kalau bunga, pasangannya kumbang.




Kalau cinta, pasangannya rindu.




Kalau marah, pasangannya sudah pastilah kesabaran. "







Kesimpulannya, sifat marah itu kita boleh atasi. Lakukan dengan kesabaran yang tinggi, walau sesukar mana, walau hati kita sedang berdenyut dengan kelajuan yang paling tinggi di saat mengawal kemarahan,kena sabar jugak. Kerana sesungguhnya, apabila kita berjaya mengatasi perasaan marah itu dengan sikap sabar, Allah pasti akan memberikan imbuhan kepada kita, sama ada di dunia, mahupun di akhirat.




Bersabar ketika marah itu satu perjuangan!

Jangan marah tak tentu hala, sebaliknya marahlah pada tempat yang betul, contohnya jika ada yang mempersendakan agama Islam. Bukan marah kerana orang dapat begini dan begitu, tak beri begini dan begitu. Wallahua'lam.




Terima kasih sudi baca entri ini. Segala kesilapan dan kesalahan dalam berbicara, mohon dimaafkan.




Akhir kata, Selamat Berjuang! Jazaakumullah khairan katsiran.

Hati ini mudah rapuh









Iman ini tidak kukuh


Sebab tu kena selalu istiqamah


Kenapa istiqamah?


Sebab iman mudah rapuh.






Kenapa ujian dan bukan nikmat?





Begini,


Kadang-kadang Allah datangkan nikmat,


Tapi, manusia mudah lupa yang nikmat itu juga satu bentuk ujian,


Bukan kata manusia lain, malah diri ini jugak.






Dan bila mana Allah bagi ujian,


Mulalah diri ini, hati ini, mula meletakkan pelbagai persoalan yang berbunyi


“Kenapa Allah pilih diri ini?” “Hati ini tidak kuat.” “Diri ini mudah berputus asa dengan ujian sebegini.”


Kenapa persoalan ini yang akan dikeluarkan?






Sebab…..


Kita tak pernah bersyukur dengan apa yang terjadi


Dan kita tak pernah ajar hati untuk beristiqamah dalam bersyukur dengan apa yang Allah bagi.






Seorang tok guru pernah berkata.


“Kalau nak belajar bersyukur, jangan tengok apa yang orang lain ada yang lebih dari kita. Tengok apa yang orang lain tak ada tapi kita ada. Sebab manusia tak pernah rasa puas.”


And yes, only then kita belajar bersyukur.




Bila Allah Uji Kita..


As a muslim, kita kena sentiasa ingat yang setiap nikmat itu sebenarnya ujian.


Allah uji sama ada kita masih bersyukur atau tidak.


Dan kita makin jauh atau makin dekat dengan Allah.


Dan bila mana Allah uji kita dengan ujian, kita kena ingat bahawa ujian itu tanda Allah sayang.


Hati ini terlalu lemah, rapuh dan mudah putus asa bila Allah uji.


Dan diri ini jugak mula berkata yang Allah tidak sayang. Allahu. Jangan pernah rasa sebegini.


Didik hati untuk sentiasa tabah dan cekal dengan segala nikmat dan ujian yang terjadi.


Ingat,


Apa jua musibah menimpa anda


Baik sakit, sedih, kesusahan


Bahkan tersusuk duri pun akan jadi penebus dosa anda.


La Tahzan, Allah itu ada.






Allah said in Surah Al Baqarah:45


“And seek help in patience and prayer.”

Monday 11 January 2016

No Pain No Gain











I should really hold into this statement.

Yes. No pain, no gain.

In sha Allah.. 


Well.

I hope that 2016 will be the best year for me.