Friday 27 February 2015

Perempuan Diam Itu Bahaya.....


When a woman is silent, she's either over thinking, tired of waiting,burst,crying inside and need attention.


OVER THINKING
Lelaki jangan biar perempuan terlampau fikir sangat..tak kira la perempuan tu awek ko ke tak..Nak tahu kenapa?sebab perempuan memang tak kan puas hati kalau ko blar macam tu je..gurls akan create assumption yang bukan2..yang paling teruk gurls tu akan buat macam2 wrong assumption pasal ko..ini fakta bukan tipu..tak caya tanya gurls..tak pun senang cite tanya aku..hahaha..Maybe bukan sume perempuan la macam ni..

TIRED OF WAITING
Ko tahu nape perempuan tu penat nak tunggu?perempuan tu penat nak tunggu bila la temberang ko tu nak pecah..perempuan tu penat sorok pasal hubungan dengan ko yang ko ngn die slalu mesej2,selalu chat kat laman sosial smpai tak ingat dunia..perempuan tu penat dengar story kaki mengayat ko tu..semua perempuan kat dalam kelas ko nak ayat..tak pun satu sekolah ko nak ayat tak pun satu universiti tu pun ko nak ayat..tak pun satu malaya ko nak ayat..lelaki jenis ape la ko ni..konon pahlawan wanita la tu..ada ke patut nak mesej seluruh perempuan kat dunia ni?hahaha

BURST
Perempuan tu burst apabila dia rasa ko ni playboy dan dah tak boleh nk control rasa marah dah..ko bukan sungguh-sungguh pun..kalau ko sungguh-sungguh ngn perempuan tu,takdanya ko nak ayat perempaun satu malaya ni kan?kalau pun ko nak ayat jgn ayat classmate ko la sebab nnti penipuan ko sedikit sebnyak akan terbongkar..kan dah parah kan bila perempuan tu burst?bila perempuan tu marah,baru la ko nmpak ayat makian keluar kan?bukan ayat pujian kan?bila perempuan tak tahan,die nangis depan ko kan?die tak sengaja pun nangis depan ko tahu tak?

CRYING INSIDE
Ko nmpak perempuan tu okey dengan ko..maybe die dah maafkan ko,tak pun perempuan tu tengah try nak maafkan ko,try lupakan mimpi ngeri..ko tahu,dalam proses nak maafkan ko sedikit sebnyak hati die akan terluka..ko pernah tahu?ko tak pernah tahu sebab ko sibuk mengayat,ko sibuk nak berubah...ko try nak kembalikan suasana balik..perempuan tu tahu ko nak kembalikan keadaan dengan perangai ko konon-konon nak tarik perhatian perempuan tu.Sebenarnya ko tak da topik nak cakap ngn perempuan tu..ko takut nak cakap ngn die sebab die garang macam harimau tak pun takut awek ko marah..sebenarnya perempuan tu pun tak ada topik nak cakap ngan ko gak..ini fakta tak tipu..Tak caya tanya aku..jangan salahkan kalau perempuan tu dingin je ngan ko..perempun tu serba salah gak ngn ko..tapi ko pernah tak rasa serba salah sedikit pun kat perempuan tu?

ATTENTION
Bila perempuan tu dah penat melalui fasa-fasa kritikal tu,of coz die akan cari someone,or someone akan datang dekat die,sebab line dah clear lama die tunggu perempuan tu tapi senang2 je ko dapat..last-last ko pun kaki mainkan perempuan dalam diam..ko nak tahu kenapa perempuan nak attention?Itu lumrah beb..Dengan ada nya perhatian,sedikit sebanyak ini akan kembalikan dirinya normal seperti dulu..normal sebelum die knal ko dan normal sebelum die knal first love die...Alamak,perempuan tu tak nak attention yang berlebihan la..(!_!)..

p/s:Sampaikan orang cakap orang pendiam ni bahaya..kah kah kah.Once die,mengamuk,kelu lidah ko kan?Diam perempuan tu ada makna yang tersembunyi.Bila pendam,pas2 burst hancur la dunia ni.

Tips Elak Dehidrasi dan Kekeringan Kulit

 


 
Sekarang ni kita berhadapan dengan musim panas yang ekstrem. Kulit pun mesti akan kering.
Kita boleh amalkan tips2 ni ye..!!

1. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada itu. Sekiranya badan tidak mendapat cukup air, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi.

Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.


2. Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.


3. Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.


4. Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.


5. Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.


6. Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.


7. Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.


8. Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka.


9. Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.