Well..
Maybe this is the best.
I think this is the best for both of us.
I wish goodluck for you
Hope we will achieve our dream.
I pray for your happiness.
Goodluck.
Saturday, 27 February 2016
Wednesday, 17 February 2016
Tips Memilih Pakaian Mengikut Badan
Si Montel
Wanita montel, berisi , chubby, gempal, bulat... Lain bunyi, tetapi hampir sama maksudnya. Memiliki bentuk badan seperti ini sangat merungsingkan! Ada sahaja yang tak kena. Ini tak sesuai itu tak sesuai memang rumit! Golongan ini sering dalam keadaan krisis ketika membuat pilihan pakaian. Jangan bergitu, berbadan montel tidak bermakna anda tidak boleh bergaya bukan ?
Trik Pemakaian:
Trik Pemakaian:
1) Selalu pakai pakaian yang mempunyai ukuran yang tepat. Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Utamakan keselesaan anda. Malah material kain cotton yang nipis juga sangat sesuai untuk badan seperti anda.
2) Jika anda bercadang untuk memakai gaun labuh pastikan anda memilih potongan ‘A-Line’ untuk tampak lebih ramping.
3) Gaun yang mempunyai potongan di pinggang sangat sesuai untuk menyembunyikan kelemahan anda. ia dapat memberi efek lekuk tubuh yang sempurna. Jangan terkejut jika ada yang memuji “nampak ramping awak sekarang ya!”
4) Jangan lupa biasakan diri memakai high heels yang sesuai dengan berat badan anda. Wedges adalah terbaik! Ia dapat menyokong dan menampung badan anda yang agak berat berbanding kasut yang miliki tumit terlalu nipis. Tambahkan aksesori tali pinggang! anda pasti kelihatan hebat!
5) Elakan daripada memilih corak yang besar. Ia akan menampakan badan anda lebih lebar dan gempal. Langkah yang selamat, pilihlah pakaian yang bewarna gelap seperti hitam, maroon, dan coklat untuk nampak lebih kecil. Ada baiknya juga jika anda memilih pakaian yang mempunyai satu tone warna sahaja.
Tuesday, 9 February 2016
Kek Coklat Comot Cik Wawa
Ecececeyyyy..
Nama kek bukan main panjang.
Hari ni mood nak baking.
Tetiba cm ngidam nak makan kek coklat (cekelat orang utara kata) kihkihkih..
Hari ni kek ni wawa kukus.
Hasilnya
Comot kan. hehe. terlebih letak coklat rice la. yang penting sodappp. haha.
Monday, 8 February 2016
Amoi Bila Pulak Nak Kawin?
Musim2 kenduri dan soalan cepu cemas ni memang tak boleh nak dielakkan. Huhu.
Bersempena dengan CNY Wawa memilih tema merah ang2 untuk ke kenduri kawin anak Pak Su (kerani sekolah). Tarraaaaa
Yang tak boleh blahnya semua pakat panggil wawa amoi.
:
"amoi ni bila lg nak kenduri."
"amoi ni banyak cantik ini hari."
haha. coiiii. amoi la sangat.
aisshh. you know what? musim2 kenduri ni makan ja kejanya. Bertambah la lemak eden..
nasib baik eden pakai premium beautiful corset. tak la risau sangat. makan pun ada had. cepat kenyang. kihkihkih.
#pasal kawin tu rahsia Allah. cewaah.. ayat..okbye...
Tips Pemakaian untuk Kelihatan Langsing.
Boleh dikatakan hampir semua pakaian siap wanita yang dijual di pasaraya, butik-butik dan kedai-kedai pakaian direka untuk wanita bertubuh kecil dan sederhana. Ini seolah-olah wanita berbadan besar tidak wujud.... Wahai wanita-wanita berbadan besar, usahlah risau... mempunyai saiz badan yang besar tidak bemakna anda tidak boleh bergaya.
Tips Pemakaian Untuk Kelihatan Langsing kali ini khas untuk wanita berbadan besar (plus size). Di sini Wawa kongsikan 7 panduan mudah untuk wanita berbadan besar kelihatan langsing dan bergaya.
Panduan 1: Pilih Pakaian yang Muat Sempurna
Pilihlah pakaian yang betul-betul mengikut ukuran badan anda. Jangan pilih pakaian yang ketat atau terlalu longgar. Pakaian yang ketat akan mempamerkan bonjolan lemak yang kelihatan hodoh manakala pakaian yang terlalu longgar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar.
Panduan 2: Pilih Kolar Bentuk V
Pakaian dengan kolar bentuk V sangat sesuai untuk wanita berbadan besar. Jika anda suka, bentuk V yang lebih panjang akan menggalakkan pandangan mata dari atas ke bawah. Seperti tips yang diberikan dalam bhg. 1, teknik ini dapat mengurangkan kelebaran badan secara ilusi optik.
Panduan 3: Pilih Pakaian Dalam yang Selesa dan Muat Sempurna
Pemilihan pakaian dalam yang bersesuaian dengan saiz badan anda dan selesa adalah penting. Pemakaian pakaian dalam yang muat sempurna iaitu tidak ketat atau tidak longgar mampu membuat anda berasa yakin dengan penampilan diri serta membantu pakaian luaran kelihatan sempurna.
Panduan 4: Potongan Pinggang Tinggi atau Pinggang Rendah
Pemilihan potongan pinggang tinggi atau pinggang rendah bergantung kepada jenis pakaian yang hendak dipakai. Bagi pemilihan pakaian jenis gaun atau dress, pilihlah potongan pinggang tinggi. Ini dapat menutup bentuk pinggang yang besar. Untuk nampak lebih bergaya, pakailah tali pinggang pada potongan berkenaan. Manakala bagi pemilihan seluar, pilihlah potongan pinggang rendah dengan pemakaian baju labuh. Ini dapat menyembunyikan garis pinggang dan secara tidak langsung tampak lebih kecil.
Panduan 5: Pilih Baju Labuh
Pakailah baju yang labuh menutup perut dan punggung. Pakaian labuh dapat memberi ilusi badan kelihatan panjang dan secara tidak langsung tampak langsing.
Panduan 6: Kasut Tumit Tinggi
Pemakaian kasut tumit tinggi adalah pilihan yang bagus. Pilihlah kasut tumit tinggi yang selesa dipakai dan tidak merbahaya. Selain kelihatan lebih tinggi, kasut tinggi juga dapat membuat anda tampak lebih langsing dan lebih yakin. Cara jalan juga lebih berhati-hati,jadi tidaklah nampak seperti gergasi menghentak kaki.
Panduan 7: Elak Seluar Potongan Tirus (Tapered Pants)
Jika anda ingin nampak langsing, jangan pakai seluar potongan tirus. Seluar potongan ini menyerlahkan lagi bahagian peha yang besar dan secara tak langsung menampakkan potongan badan lebih bulat. Pilihlah seluar potongan lurus (straight cut) atau palazo untuk kelihatan sempurna dan rapi.
Di bawah ini contoh pemakaian yang sesuai untuk wanita berbadan besar berdasarkan tips yang telah diberikan :-) :
Sunday, 7 February 2016
3 Kali Setengah Minit
Wawa nak kongsi tips yang wawa dapat daripada seorang kenalan, untuk dijadikan panduan bagi kita yang pernah atau sering terjaga daripada tidur untuk ke bilik air.
Pakar selalu pesan, setiap orang harus ambil perhatian tentang 3 kali 1/2 minit. Kenapa 3 kali 1/2 minit ni penting? Amalan ini sangat mudah namun boleh mengurangkan angka kematian secara mengejut. Anda mungkin pernah mendengar cerita ada individu yang nampak sihat di siang hari tetapi meninggal dunia keesokan pagi.
“Petang semalam saya bersembang dengan dia, dia nampak ceria, sihat dan cergas. Dia dah meninggal? Apa penyakit dia?”
Penyebabnya, ketika bangun malam untuk ke bilik air, ramai yang melakukan dengan terlalu cepat. Iaitu bangkit dari katil dan terus ke bilik air. Jika terus bangun, otak kita masih kekurangan aliran darah. Pattern ECG (Electro Cardiogram) seseorang individu normal pada siang hari manakala di waktu malam ketika bangun untuk buang air contohnya, pattern ECG boleh berubah. Bangun secara tiba-tiba menyebabkan otak akan menjadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung disebabkan kekurangan darah.
Nasihat pakar adalah mengamalkan 3 kali 1/2 minit, iaitu:
Bila bangun dari tidur, jangan terus bangkit dari katil, berbaringlah dahulu selama 1/2 minit.
Kemudian duduk atas katil untuk tempoh 1/2 minit.
Selepas tu, turunkan kaki ke lantai, duduk di tepi katil selama 1/2 minit. Kemudian baru bangun untuk ke bilik air.
Selepas 3 kali 1/2 minit tersebut, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal dunia ketika bangun tengah malam seperti yang kita sering dengar.
Ada seorang tua menangis kesal kerana beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi ketika diberitahu tentang tips ini. Dua tahun lalu beliau terjaga untuk buang air kecil. Tiba-tiba dunia terasa berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun daripada katil. Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tak menderita seperti sekarang.
Kongsi maklumat ini dengan orang yang anda sayang untuk menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia tua atau muda.
Semak Saman Trafik Secara Online
SEMAK SAMAN TRAFIK SECARA ONLINE
Terdapat 3 portal yang menyediakan perkhidmatan semakan saman trafik secara online dan kesemuanya percuma:
1. MyEG Services
Layari www.myeg.com.my.
Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
Login menggunakan nama dan kata laluan.
Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.
MYEG juga ada menyediakan perkhidmatan yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baharu. Langganan servis ini adalah percuma.
2. Rilek e-Services
Laman ini boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM sahaja.
Layari laman Semakan Saman PDRM di www.rilek.com.my/rilek/rilek/pdrmdan daftar (sekiranya belum daftar).
Login menggunakan nama dan kata laluan.
Klik "Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown.
Anda juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.
3. JPJ
Laman ini boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.
Layari laman Semakan Saman JPJ di www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis.
Di bawah tajuk "Semakan Saman", klik menu dropdown untuk membuat Pilihan Carian samada NOMBOR ID SAHAJA atau NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN.
Pilih Kategori ID.
Isikan No. ID dan No. Pendaftaran Kenderaan, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
Akhir sekali klik butang "Semak". Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk "Hasil Carian".
II) SEMAK SAMAN TRAFIK MELALUI SMS
Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.
Berikut adalah cara menyemak saman trafik melalui SMS:
◎ Semak saman PDRM melalui SMS
Taipkan:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.
Contoh:
POLIS SAMAN 841220122332 atau
POLIS SAMAN WEP1234
Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email]
dan hantarkan ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang anda berikan.
Contoh:
POLIS SAMAN 740523015555 ahmadalbab@gmail.com
◎ Semak saman JPJ melalui SMS
Taipkan
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
Contoh:
JPJ SAMAN 841220122332 atau
JPJ SAMAN WEP1234
Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai hitam JPJ atau PDRM.
Saturday, 6 February 2016
Tips Kelihatan Lebih Cantik Dengan Tudung yang Sesuai dengan Wajah
Seperti pakaian, ramai tidak tahu pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain. Justeru, bagi memastikan keselesaan, pastikan memakai terlebih dulu tudung yang dibeli. Di bawah terdapat beberapa panduan mengenai pemilihan gaya tudung mengikut bentuk wajah
1. Bentuk wajah bujur (Oval)
Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria
Gambar dari Tudung People
2. Bentuk muka panjang (Long)
Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.
Gambar dari Sugarscarf
3. Bentuk muka bulat (Round)
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.
Gambar dari Radiusite
4. Bentuk muka berpetak (Square)
Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.
Gambar dari imaanboutique
5. Bentuk segi tiga (Heart)
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.
Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Gambar dari Shawlbyvsnow
Petua Kecantikan Wajah
Petua Menegangkan Kulit Muka 1
Kisarja kulit sebiji pisang masak sampai halus dan gaul dengan sebiji putih telur hingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker tu. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Tak payah dah membazir duit beli masker kan..
Petua Menegangkan Kulit Muka 2
Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.
Bilas muka dengan air bersih dan lumur timun yang telah diparut (seelok-eloknya disejukkan sebentar dalam peti sejuk). Biarkan selama sejam dan bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
Petua Menegangkan Kulit Muka 3
Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih.
Friday, 5 February 2016
Ayda Jebat - Siapa Diriku with Lirik ( OST M.A.I.D )
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Ku bukan primadona
Aku bukan juga diva
Aku… 2x
Ku bukanlah superstar
Sampai nak mengada-ngada
Tunggu, jangan cepat nak labelku
Biarkan mereka berkata-kata
Apa sahaja
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Kau cuba jatuhkanku
Tinggalkanku seribu batu
Aku, masih di hadapanmu
Biarkan mereka berkata-kata
Apa sahaja
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Jangan kau main kata
Tanpa usul periksa
Ku hanya manusia biasa
Kita tak sempurna
Hati-hati dengar sini
Jaga diri jaga hati
Sayang cinta rindu
Kata I love you
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Siapa diriku
Perempuan Keras Kepala vs Lelaki Ego. Macamana Nak Handle?
In relationship with dengan orang yang kita sayang mungkin takkan jadi satu hal besar kalau setakat perangai dia agak jengkel dan ego agak tinggi. Asal dah sayang, semua jadiii. Tapi orang kata kesabaran pun ada batasnya. Sebab tu ada waktu relationship kau tak tahan lama. Bukan tak sayang. Tapi mungkin tak berapa nak sabar. Tu je.
Pandangan wawa kalau si perempuan jenis keras kepala, si lelaki pulak jenis ego. Kuat merajuk pulak tu; samaa je pandangan wawa. Ground rules wawa dalam hal hal relationship ni tetap sama; ketahanan sesuatu hubungan bukan disebabkan kesetiaan semata-mata. Kesetiaan sendiri tak menjamin hubungan tu berkekalan kalau sampai satu masa perasaan tu mati. Bagi wawa, kalau nak long lasting relationship, perasaan sayang tu kena bersederhana. Jangan sayang sangat. Jangan jakun sangat. Jangan terlebih adrenalin nak eksaited eksaited sangat lah. Bila sayang bersederhana, kita tak lupa diri sangat. Bercinta pun takde lah rasa terapung apung sangat di awangan eh orang kata? Haa macamtuu. Bila kau terlampau sayang, bila dia buat salah, hati senang terluka susah nak terima. Bila silap sikit, luka dia lebih. Cuba sayang sederhana je, insyaAllah kalau dia buat salah pun, hati kita tak susah mana nak maafkan.
Wawa nak kata jangan in relationship je la lagi senang; pun tak boleh juga. Sebab ada manusia yang in relationship. Ada manusia yang selesa single macam Wawa. Ehheheh. Untuk yang in relationship, first and foremost, sila moderate kan dulu perasaan korang pada si dia, baru semua masalah akan nampak lebih mudah nak selesai. Banyak benda dalam relationship ni melibatkan sisi emosi dan perasaan mengatasi akal. Agak merbahaya kalau emosi dan perasaan terlebih atau tak berapa nak stabil. Natijahnya, susah nak handle relationship.
Si perempuan keras kepala, si lelaki pulak ego. So macamana nak elak selalu bergaduh bertengkar berbaling pinggan?
Sifat normal perempuan, tak kira dia keras kepala mengalahkan bata atau konkrit simen, dia lembut hati. Lagi lagi bila benda melibatkan orang yang dia sayang. Keras kepala macamana pun, alahh keras kulit buah tembikai je. Luar keras, dalam penuh air. Cucuk guna jari sikit dah boleh tenggelam isi dia. Hihi. Apa apa je lah perumpamaan wawa nak letak eh? Ni pun wawa menulis tentang sifat umum perempuan. Wawa tak kata semua perempuan keras kepala tu lembut hati. Ada yang keras luar dan dalam. Macam batu. Tapi yang ni mungkin yang feelingless lah. Wawa boleh bet perempuan keras macamana pun, bila dia berperasaan, dia akan meliuk lentuk bila kena keadaan dan situasinya. Kuasa cinta kau jangan pandang rendah. Anugerah Tuhan yang indah macamtu, kau taktahuuuu apa dia boleh buad dalam hidup kau, kau tahu? Euwww jiwang.
Cara nak elak selalu bergaduh, wawa rasa kalau tanya orang lain pun jawapan dia lebih kurang.Mesti ada tolak ansur. Tu la paling penting. Kepercayaan atau si trust tu penting juga. Tapi takguna trust sana trust sini tapi takde toleransi. So dua dua kena ada. Perempuan keras kepala? Lelaki ego? Jangan panik sangat lah. Kalau dua dua berperasaan sayang tu ada, insyaAllah toleransi tu ada. Dia hadir sendiri bila korang ada perasaan sayang tu. Sayang yang genuine okay. Bukan sayang hari ni, esok dah tak sayang lagi. Kamon lah. Takkan bila umur dah masuk 2puluh-an pun still nak tukarganti lagi? Wawa expect a serious relationship tips2 yang aku tulis ni. Yang nak sukasuki je, tak sesuai baca benda ni aku rasa. Hidup kena racist sikit takpe kalau untuk kebaikan. Haha.
Lagi satu, kalau setakat benda kecik kecik tu, alah pandang ringan je sudah lah. Perempuan jenis ambil berat segala benda, kalau boleh yang paling kecik pun nak pandang besar besar. Tapi kita tak boleh nak expect lelaki perasan setiap satu benda yang kita nak diorang perasan. Err maksudnya lelaki tak pandang hal hal remeh temeh sangat macam perempuan pandang. Jadi kita pun kena faham sifat diorang dulu. Takboleh emo taktentu pasal je, tahu? Mungkin ada sesetengah perkara, diorang bukan sengaja nak tak perasan atau ambil ringan. Cuma mungkin benda tu bagi diorang benda remeh. Jadi sebelum nak emo tiba tiba amcam ada tendency nak menyalakan api pergaduhan tu, check dulu wajar tak wajar nak melenting tu. Nak melenting bila rasa perlu je. Agak-agak boleh tahan lagi tu, takpayah lah nak buad onar sangat. Ehhe.
Untuk yang lelaki ego ni. Kau agak agak lah kan nak ego ego sangat bukan kau dapat apa pun? Takkan dengan awek sendiri pun kau nak letak tinggi tinggi sangat tingkat ego kau tu. Rendah rendah kan lah sikit. Consider sikit. Jangan nak berharap sangat perempuan je kena faham kau. Kau pun kena faham sifat dia juga. Nak sangat in relationship, kan? Jadi kau kena tahu daripada awal lah apa tanggungjwab yang kau kena ada. Aku salute ekceli dengan lelaki yang in relationship. Sebab tak semua lelaki berani pikul 'komitmen'. Sesetengah lelaki tak suka ada 'komitmen' sebab bagi diorang tu beban. Rasa terkongkong etc etc. Jadi kau kena sedar kau takboleh lah buad perangai perasan single pulakk. In relationship ni tanggungjawabnya lebih. Kalau sebelum ni kau takpayah nak jaga jaga hati sesiapa, sekarang kau dah ada hati yang nak dijaga. Hati perempuan pulak tu. Bukan senang. Sensitif kottttt. ;P
Benda paling asas dia, faham satu sama lain. Bukan takat faham gitu gitu je, tau nama dia apa duduk kat mana anak siapa bangsa apa tu dah cukup. Tak. Sebab tu Wawa personally tak encourage sangat kalau baru kenal sehari dua terus jump into relationship. Sebulan dua lepas tu putus. Nopeeeee.. Sebab tu juga Wawa prefer kalau in relationship dengan orang yang kau kenal, kau rapat dan kau selesa ada chemistry tu penting. Tapi personally, kalau dah kenal dah rapat dah faham luar dan dalam tu, takperlu sangat lah nak in relationship. Kalau dah terbiasa kawan, kawan terus lah. Bagi sesetengah orang, mungkin lebih selesa begitu. Lepastu sampai masa, kahwin lah kalau ada jodoh. Moderation dalam perhubungan tu penting juga. Islam pun tak galak benda2 over sangat kan? :P
Subscribe to:
Posts (Atom)