Saturday 10 December 2011

Tanda Lelaki Jatuh Cinta...

Tahukah wanita sekeras mana pun seorang lelaki, lelaki itu akan menjadi selembut kapas jika dia telah jatuh cinta (love) kepada seorang wanita. Benarkah seorang lelaki yang keras hatinya boleh mengalirkan air mata demi seorang wanita? The power of love! Jika 23 tanda ini anda lihat pada pasangan anda, percayalah dia sangat menyayangi anda…
tanda lelaki jatuh cinta
Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita :

Love 1.
 Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa

Love 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap

Love 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya

Love 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap

Love 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya

Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga

Love 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya

Love 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya

Love 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain

Love  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja

Love  11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya

Love  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama

Love  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya

Love  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri
Love  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya

Love  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya
.
Love 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

Love  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain

Love  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya

Love  20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya

Love 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku )
Love  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya

Love  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan tetapi dia sanggup :)
tanda lelaki jatuh cinta

No comments:

Post a Comment