Wednesday 15 July 2015

Kenapa Wanita Mudah Menangis..




"Apabila Allah menciptakan wanita, Dia menciptanya dengan istimewa. Dia menjadikan bahu wanita kuat untuk membawa bebanan dunia, namun lembut untuk memberikan kelembutan. Dia mengurniakan wanita kekuatan untuk melahirkan anak. Dia mengurniakan wanita kekerasan untuk meneruskan hidup walaupun orang lain sudah mengalah, dan menjaga keluarganya walaupun sedang sakit dan letih tanpa merungut. Dia mengurniakan wanita sifat sensitif untuk menyayangi anaknya dalam apa jua keadaan, meskipun anaknya telah menyakitkan hatinya. Dia kurniakan pada wanita kekuatan untuk mengangkut tuduhan yang diterima suaminya dan dicipta dari rusuk suaminya untuk melindungi jantung suaminya. Dia mengurniakan kebijaksanaan pada wanita untuk mengetahui bahawa suami yang baik tidak akan menyakiti hati isteri, tetapi kadangkala menguji wanita tersebut untuk berada di samping suaminya tanpa terasa agak-agak. Maka Allah mengurniakan air mata untuk wanita.Air mata ini miliknya dan hanya menjadi miliknya. Dia tidak perlukan alasan, atau penerangan, air mata tersebut miliknya."





Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?


Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.


Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.


Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim


Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.


Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas.


Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.


Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki.


Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Air Mata itu satu anugerah


Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA.


Kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. 


Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.


‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.


Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)


Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita.


Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.


Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan. Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.


Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.

No comments:

Post a Comment