Sunday 7 February 2016

Semak Saman Trafik Secara Online


SEMAK SAMAN TRAFIK SECARA ONLINE


Terdapat 3 portal yang menyediakan perkhidmatan semakan saman trafik secara online dan kesemuanya percuma:

1. MyEG Services 
Layari www.myeg.com.my
Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama. 
Login menggunakan nama dan kata laluan. 
Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ. 
Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda. 


MYEG juga ada menyediakan perkhidmatan yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baharu. Langganan servis ini adalah percuma.

2. Rilek e-Services


Laman ini boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM sahaja. 
Layari laman Semakan Saman PDRM di www.rilek.com.my/rilek/rilek/pdrmdan daftar (sekiranya belum daftar). 
Login menggunakan nama dan kata laluan. 
Klik "Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown. 
Anda juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB. 

3. JPJ


Laman ini boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja. 
Layari laman Semakan Saman JPJ di www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
Di bawah tajuk "Semakan Saman", klik menu dropdown untuk membuat Pilihan Carian samada NOMBOR ID SAHAJA atau NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN. 
Pilih Kategori ID. 
Isikan No. ID dan No. Pendaftaran Kenderaan, disusuli dengan kod sekuriti (captcha). 
Akhir sekali klik butang "Semak". Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk "Hasil Carian". 

II) SEMAK SAMAN TRAFIK MELALUI SMS


Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.


Berikut adalah cara menyemak saman trafik melalui SMS:

◎ Semak saman PDRM melalui SMS




Taipkan: 


POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] 


pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728. 


Contoh: 


POLIS SAMAN 841220122332 atau

POLIS SAMAN WEP1234 


Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut: 


POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email] 


dan hantarkan ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang anda berikan. 


Contoh: 


POLIS SAMAN 740523015555 ahmadalbab@gmail.com 

◎ Semak saman JPJ melalui SMS




Taipkan 


JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] 


pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888. 


Contoh: 


JPJ SAMAN 841220122332 atau

JPJ SAMAN WEP1234 


Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai hitam JPJ atau PDRM.

No comments:

Post a Comment